Telefon : 017-6735229

Selasa, 4 Januari 2011

KENANGAN 2010

Telah hampir 5 hari kita meninggalkan tahun 2010. Pelbagai kenangan manis dan pahit, suka dan duka yang telah kita semua lalui. Begitu juga dengan Pak Zainal.
Dari majlis keraian sanak keluarga terutama sekali deretan majlis pertunangan hinggalah majlis menyambut cicit keluarga Hj. Md. Ali.Termasuklah juga majlis persandingan anak lelaki Pak Zainal, Mohd Azlan yang dilangsungkan pada Mei yang lepas.
Kerjasama yang terjalin antara Taman Lokan dengan PD Travel and Tours juga bagaikan 'pucuk dicita, ulam mendatang'. Di mana Pak Zainal banyak kali mendapat kunjungan pelancong Luar Negara. Pak Zainal bangga kerana ada mereka terdiri daripada hampir 20 buah negara yang berbeza.  Ia memang promosi yang terlalu bermakna buat Pak Zainal.
Antara pengunjung yang menutup tirai 2010 di Taman Lokan ini ialah  keluarga daripada Terengganu, Selangor yang menggemar lokan. Ada juga kunjungan daripada sekumpulan pelancong Sweeden dan tidak dilupakan ialah kunjungan daripada Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Di sini Pak Zainal meminta agar memaklumkan Pak Zainal terlebih dahulu kerana kadang kala liputan hanphone tiada di sesetengah tempat Pak Zainal menangkap ikan. Jika ia berlaku, Pak Zainal ingin meminta maaf. Insya-Allah Pak Zainal akan cuba membantu jika di izinkanNya.
Selain daripada itu, media cetak juga memainkan peranan yang penting dalam memberikan liputan dan promosi Taman Lokan. Antaranya Sinar Harian, Harian Metro, Melaka Hari Ini, Utusan Malaysia, Berita Harian, Nanyang Siang Pau, dan lain-lain lagi.
Pak Zainal juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada pengacara TV3, saudara Zahid dan rakan-rakannya kerana memilih Taman Lokan melalui blog ini sebagai destinasi Majalah 3. Pengalaman paling sedih dan agak lucu kerana ketika inilah kamera anak Pak Zainal yang Pak Zainal selalu gunakan rosak. 
Tidak lupa juga pihak Persatuan Nelayan, Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia kerana atas jasa mereka Pak Zainal dapat peluang mengikuti kursus yang banyak membantu Pak Zainal selama ini.
Pada tahun ini Pak Zainal ingin berusaha lagi untuk memajukan lagi Taman Lokan. Semoga ianya berjaya. Insya-Allah.