Telefon : 017-6735229

Khamis, 16 Jun 2011

Datuk Cef Wan di SK Ramuan China Besar






Pada 16 Jun 2011 SK Ramuan China Besar telah mengadakan Majlis Sukan Tahunan Sekolah yang ke 27. Pada kali ini Datuk Cef Wan telah dijemput menjadi perasmi dan penutup majlis ini.
Murid-murid, guru-guru, ibubapa dan penduduk setempat gembira dengan kehadiran Datuk Cef Wan. Pak Zainal juga berbesar hati kerana Datuk Cef Wan sudi merasa masakan kampung yang dimasak oleh Puan Zaiton Suboh; terutamanya sambal udang dan rendang lokan. Cef Wan memuji hidangan yang disajikan. Memang sedap kerana bahan-bahannya baru ditangkap. Bangga kerana ianya dinyatakan oleh Chef nombor 1 di Malaysia dan terkenal di serata dunia.


Tukang masak bergambar dengan Datuk Cef Wan


Puan guru besar


Pak Zainal juga berbangga kerana Datuk menyatakan beliau akan cuba ketengahkan masakan menggunakan lokan. Alhamdulillah, Pak Zainal senang mendapat ruang dan rezeki dalam mengetengahkan lokan sebagai pemakanan  umum. InsyaAllah.



Ahad, 12 Jun 2011

Pengarah Pelancongan Pakistan dan Bangladesh

12hb Jun 2011 pengarah2 pelancongan Bangladesh dan Pakistan datang ke Taman Lokan seramai 18 orang dibawah Tourism Malaysia dan PD Travel.
Terima kasih kepada Pn. Ida, pihak PD Travel dan Pelancongan Malaysia kerana membantu Pak Zainal memperkenalkan Taman Lokan. 


Pn. Ida sedang membantu Pak Zainal mencari lokan. Terima kasih daun keladi.




Sabtu, 11 Jun 2011

Majlis ramah mesra penduduk Paya Lebar dan Ramuan China Kecil dengan warga KTM

 

Pada malam rabu yang lepas, Majlis ramah mesra antara Kg Paya Lebar, RCK dan warga KTM  berlangsung di balairaya Kg Paya Lebar. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana pelajar KTM telah membantu kami para nelayan.
Hujan lebat yang turun dalam setengah jam tidak melemahkan semangat peserta.
Pelbagai pertandingan diadakan. Uniknya ianya berkisar pada kehidupan nelayan dan penduduk kawasan Paya Lebar dan RCK:- Menebar jala, Kupas Lokan, Kira berat Lokan dan lain-lain lagi.
Selain daripada itu, terdapat juga pertandingan lain :- membuat bakul menggunakan suratkhabar, ping pong, karaoke, gasing. Acara VIP pula  ialah pukul bola golf ke dalam lubang.
Di sini kita boleh melihat bagaimana nelayan i di sini seperti Pakcik Man Belon menebar jala. Penangkapan ikan yang menguntungkan memang berkait rapat dengan tebaran jala penebar itu sendiri. 
Pelajar KTM dapat merasakan bagaimana sukarnya untuk melakukannya. Pak Zainial ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar KTM yang telah berjaya meneka dengan tepat berat lokan. Tahniah.







Tahniah. Dah boleh tangkap mermaid. Boleh bantu Pakcik Man Belon di sungai nanti.





Dewasa ini kaum wanita di sini banyak mengupas lokan dengan cara yang lebih moden iaitu merebus dan sebagainya. Pada malam ini kami memperkenalkan kembali cara tradisi mengupas lokan iaitu menggunakan pisau sahaja. Memang terkial-kial juga para peserta ketika acara ini dijalankan. Ia diadili dengan melihat pada kekemasan kupasan tersebut.
Pak Zainal sedang menunjukcara mengopek lokan menggunakan pisau
Hati-hati. Jangan sampai terluka tangan.

Hancur lokan dibuatnya

Kena basuh elok-elok ni. Takut kulit lokan termasuk dalam masakan. Tercekik nanti.



Antara hasil yang mendapat A+.












Pertembungan antara nelayan dengan raja sungai sangbedal


Baru-baru ini di hadapan mata Pak Zainal berlaku satu insiden yang semakin kerap terjadi di kawasan sungai Linggi-Rembau ini.
Seorg rakan Pak Zainal, Encik Mohd Bin Hassan(Jais) yang sedang menjala udang disondol perahunya-sehingga berpusing oleh seekor buaya (kemungkinan hitam). Anehnya buaya ini seolah-olah ingin bergurau dengan nelayan.  Panjangnya hampir sepanjang perahu dan besarnya hampir sebesar pintu rumah(1 pintu mungkin x bolos). Anda boleh lihat dalam gambar ini. Zoomkan.
Bagi Encik Jais, beliau sudah kerap kali mengalami keadaan tersebut oleh buaya yang sama. Tetapi sebagai seorang nelayan, beliau sudah lali dengan keadaan tersebut. Bagi orang yang kurang biasa, mungkin akan panik dan berlaku keadaan yang lebih teruk lagi. Itulah yang nelayan hadapi dalam mencari rezeki.


Buaya tersebut pula akan beredar setelah beberapa kali menyondol perahu nelayan. Hampir 5 nelayan yang berkongsi cerita sama ketika kami bersembang di kedai kopi di kampung. Hairan juga apa maksud buaya tersebut. Itulah uniknya buaya di kawasan sini.
 
Jika buaya itu ganas, mungkin ada yang cedera. Kemungkinan habitat yang kerap dicerobohi, ataupun ianya pernah dipelihara dan dilepaskan balik ke sungai oleh nelayan-ketika tersangkut di jala sewaktu kecil. 

Rabu, 1 Jun 2011

Pengkalan nelayan


Pada 26 Mei yang lepas, Exco Pertanian Negeri Melaka, Pengarah LKIM dan pegawai perikanan negeri Melaka serta wakil suratkhabar Melaka Hari Ini datang melawat kawasan pengkalan nelayan Tebing Urut dan pengkalan nelayan Paya Lebar. Semasa lawatan beliau sempat menanyakan Pak Zainal tentang perkembangan Taman Lokan. Semasa pemberian sara hidup tunai di Persatuan Nelayan Melaka Barat, mereka juga dapat merasa keenakan udang galah Sungai Rembau – Linggi yang Pak Zainal baru tangkap.


Pak Zainal sempat memberi penerangan tentang habitat yang terdapat di sungai ; udang galah, udang kertas, lokan, barai dan siput. Pak Zainal ada juga memberi pandangan kepada pegawai perikanan supaya dapat membantu para nelayan dengan melepaskan benih – benih hidupan sungai yang hampir pupus terutamanya ketam nipah dan lokan serta lain-lain lagi. Ini bagi memastikan ianya dapat menampung permintaan yang semakin meningkat. Rata-rata pengguna makin ramai yang turun ke sungai untuk menangkap hasil sungai bagi keperluan harian dan sebagai hasil pendapatan sampingan. 

                                      

Taman Lokan dan kamera

Pak Zainal terharu dan bangga kerana Taman Lokan menjadi satu lokasi penggambaran oleh krew RTM bagi sebuah rancangan yang akan disiarkan pada bulan puasa kelak. Mereka terdiri daripada penduduk – penduduk Kg. Sungai Timun. 
Pak Zainal tidak sabar untuk melihat hasil penggambaran mereka. Secara tidak langsung ini dapat mempromosikan Taman Lokan pada orang ramai.Terima kasih kerana memilih Taman Lokan.