Telefon : 017-6735229

Ahad, 1 Jun 2014

EKSPEDISI JEJAK USAHAWAN

Sepanjang saya menyiapkan tugasan akhir kajian saya, saya ditemani rakan saya telah mendapat banyak pengalaman dan pelbagai aktiviti bersama Pak Zainal. Pak Zainal tidak lokek ilmu dan banyak menceritakan tentang pengalaman beliau sepanjang beliau menjadi nelayan dan mengusahakan lokan milik beliau.

Baru-baru ini, saya bersama rakan menyusuri sungai rembau-linggi dengan menaiki bot milik Pak Zainal. Sepanjang menyusuri sungai tersebut, kami dapat melihat dengan lebih dekat Pak Zainal menebar jala untuk menangkap udang, turun ke lumpur mencari sendiri lokan liar di dalam hutan pokok nipah, melihat bangau, burung helang, ikan belacak, monyet dan buaya, mengutip buah nipah, melihat dengan lebih dekat nelayan-nelayan di sana menjala, memancing, serta berpeluang pergi ke Kota Simpang.

Terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan selain ke Taman Lokan dan pastinya akan mendapat pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Jika berminat melakukan aktiviti seperti memancing, mengutip lokan di Taman Lokan dan lokan liar di hutan nipah, menjala, mencari ketam dan lain-lain boleh menghubungi Pak Zainal.  Harga juga boleh dirunding dengan Pak Zainal.


Antara gambar-gambar sepanjang ekspedisi saya ditemani rakan saya bersama Pak Zainal.

Pak Zainal mencari tempat untuk menjala udang galah.

Rakan saya dapat merasa pengalaman membawa bot
menyusuri sungai rembau-linggi.

Pak Zainal menjala udang.

Mendayung menyusuri sungai yang dipenuhi hutan bakau.

Pak Zainal mengutip lokan liar dan meletakkannya berpasangan
untuk membiakkan lokan tersebut.

Pak Zainal mengutip lokan liar.

Kami merasa sendiri turun ke lumpur untuk mengutip lokan liar.

Pak Zainal mengambil buah nipah.

Pak Zainal membersihkan lokan liar yang dikutip.

Mengangkat lokan masuk ke dalam bot.

Pak Zainal mencari tiram.
Tiram disebalik batu.

Isi tiram yang sudah dikupik.

Kami juga dapat menjejakkan kaki ke Kota Simpang.

Tempat laluan ke Kota Simpang.

Pak Zainal menunjukkan tempat buaya tembaga yang ditanam.

Kami berjalan kaki menuju ke Kota Simpang.


Gambar-gambar di sekitar Kota Simpang.



Tempat ini dikatakan kubu pertahanan orang melayu.
Disana juga terdapat pokok limau lelang. Menurut Pak Zainal, buah limau lelang ini boleh mengubati segala jenis kanser dan tumor.

Pak Zainal menunjukkan buah limau lelang.



Sepanjang perjalanan kami dapat melihat lebih dekat lagi aktiviti nelayan di sana.





Menunjukkan hasil tangkapan iaitu udang galah.

 Terdapat juga hidupan liar semasa menyusuri sungai rembau-linggi.

Monyet liar.

Ikan belacak.

Burung Helang