Telefon : 017-6735229

Khamis, 6 September 2012

Kembara UiTM ke Taman Lokan


Pada 28 8 2012 yang lalu,

  Seramai  18 pelajar bersama  pensyarah  Puan Norita  Bt  Mohamad  dari UITM Segamat  Johor. Telah datang ke taman lokan Pak Zainal. Walaupun  dengan  masa yang singkat, Pak  Zainal harap pelajar serta pensyarah telah berpuas hati atas penerangan yang telah Pak Zainal  berikan . 


Permulaan perjalanan - sesi ice breaking di Teratak Agro.

Wajah - wajah yang masih ceria.

Cepatlah Pak Zainal,.. kami nak ke Taman Lokan...

Amboi penatnya, satu kilometer, pakai pulak kasut tumit tinggi.

Nelayan sedang menangkap udang






Anak rusa di dalam hutan,
berjalan - jalan mencari makan,
Kalau ingin turunkan berat badan,
Marilah berjalan kaki ke Taman Lokan.


Dengan kunjungan dari pelajar UITM ini memberi semangat dan dorongan untuk Pak Zainal menaikkan lagi taraf pentadbiran taman lokan yang Pak Zainal usahakan .  Pak Zainal harapkan mereka tidak patah semangat untuk datang ke sini lagi. Itu adalah antara masalah yang menjadikan halangan untuk pengunjung ke Taman Lokan. 

Namun begitu, inilah dia antara kesukaran kehidupan masyarakat kampung.

Sabtu, 11 Ogos 2012

Bendera Malaysia .Kelilingnya bertahtakan kulit Lokan.

Keunikkan bendera yang dihasilkan dari Kulit Lokan.


Gambar bendera Malaysia dan bendera Melaka yang diperbuat daripada 
kulit lokan di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar.







Pak Zainal bersyukur kerana Taman Lokan yang diusahakan dapat dijadikan tempat rujukan serta kajian dari para pelajar IPTA,serta pihak Universiti seperti Uitm Lendu,Uitm Shah Alam Uitm Kampus Bandar Melaka, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.


11 Ogos 2012

Pelajar Dari Kolej Uniti telah datang ke Taman Lokan bersama keluarga untuk membuat rujukan dan aktiviti yang di jalankan di Taman Lokan.Keluarga Atiqah dapat bersama-sama merasakan pengalaman nelayan menjala udang.Diharapkan akan terdapat lebih ramai lagi para pelajar yang akan membuat rujukan di Taman Lokan.Pak Zainal akan sedia membantu.Dan jika tiada sebarang halangan,pada 28 Ogos 2012,para pelajar daripada Uitm Segamat akan membuat lawatan sambil belajar  ke Taman Lokan.



Isnin, 30 Julai 2012

PUSAT BAHASA DAN PEMBANGUNAN INSAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA DAN FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK.


Telah membuat kaji selidik Program Taman Lokan yang telah diusahakan oleh Pak Zainal.Disamping itu,pelajar telah didedahkan dengan aktiviti menarik yang terdapat di Taman Lokan.Pelajar juga berpeluang melihat keindahan serta keunikan Taman Lokan dan alam semulajadi termasuk ular,udang dan lain-lain selain dapat merasa keenakan buah nipah.


1)Chua Shu Yuan
2)Lim Lan Ling
3)Nurul Nadia Bte Aminuddin
4)Evi Kartika Bte Kamar
5)Nur Aliah Bte Isa