Telefon : 017-6735229

Isnin, 25 Julai 2011

Dr Zai dan pancing


23hb, dari pukul 10 pagi hinggalah ke pukul 5 petang, Dr. Zai dan keluarga mencuba nasib memancing di Sungai Linggi-Rembau.
Dr. Zai mengajak Pak Zainal dan Abg Zul (Pengkalan Kempas ) menjadi pemandu arah pada kali ini. Dr. Zai berhasrat untuk memancing udang galah dan ikan. Kebetulan pada hari itu, air terlampau jernih. Kelibat udang tiada pada waktu tersebut. Beliau mengalih ke aktiviti memancing ikan pula menggunakan pancing udang galah tadi. Alhamdulillah, beliau berhasil menangkap pelbagai ikan. Ini termasuklah ikan senangin, sembilang, serkut, gelama, ikan duri dan lain-lain lagi.
Pak Zainal juga berpuas hati apabila melihat keseronokan rombongan Dr. Zai walaupun hasilnya tidak begitu lumayan. Pak Zainal syorkan supaya pemancing – pemancing membawa kelengkapan yang cukup dan sesuai. Jadi apabila berada di dalam situasi ini kelak ( udang tiada ), pemancing boleh menggunakan perambut untuk ikan pula. Kemungkinan hasil akan bertambah lumayan.

Pelancong Australia




Pada 14hb yang lalu, seramai 6 org pelancong Australia datang ke Taman Lokan. Pak Zainal terharu kerana  ini merupakan pengalaman kedua seorang pelancong ( Pak Zainal lupa namanya) ke sini.
Mereka menyatakan bahawa mereka berasa seronok duduk di kerusi urutan badan ciptaan Pak Zainal. Keenakan buah nipah juga merupakan tarikan mereka kembali ke Taman Lokan.
Mereka menyatakan bahawa mereka akan datang kembali bersama rakan – rakan yang lain.

Isnin, 11 Julai 2011

Rombongan Dr. Zai



Pada hari Sabtu yang lepas, Dr. Zai dan kumpulannya datang melawat Taman Lokan. Pak Zainal ingin mengucapkan selamat datang sekali lagi dan terima kasih kerana sudi melawat Taman Lokan.
Hargailah khazanah alam kerana ianya sukar dicari ganti. Begitulah kehidupan pencari lokan. Harganya tidaklah semahal mana jika dibandingkan dengan kepayahan mencarinya di habitat liarnya. Bayangkan seguni lokan ( termasuk kulit) selepas dimasak, kita hanya akan dapat mengisinya di atas pinggan yang sederhana besar sahaja. Namun begitu, keenakannya tidak dapat ditandingi.

Pelik tapi benar



Pada hari selasa 5hb Julai, Pak Zainal terperanjat apabila seekor ular sawa batik bergulung di atas pancang untuk menjala udang. Sekilas pandang, ia seolah-olah bendera di tengah sungai.

Pak Zainal musykil kerana pancang tersebut baru sahaja Pak Zainal letakkan. Bilakah masanya ular tersebut berada di situ?

Kenduri


Pada Ahad yang lepas, ( 2hb Julai ), Pak Zainal membuat kenduri arwah ( 4 orang anak Pak Zainal yang meninggal selepas lahir dan sanak keluarga ) ,doa selamat keluarga dan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang akan menjelang. 

Pak Zainal sekeluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sanak saudara dan jiran tetangga yang banyak membantu kami kerana kebetulan dua orang anak Pak Zainal terpaksa bekerja pada hari tersebut. Tanpa bantuan semua, tak sempurnalah majlis kami. Terima kasih daun keladi. 







Ahad, 10 Julai 2011

Program Pemantapan masyarakat




Sekembali daripada kursus fiber glass, Pak Zainal terlibat dengan Program Pemantapan Masyarakat Nelayan Cemerlang seiring Melaka Maju Negeri Bandar Teknologi Hijau di hotel Naza Melaka pada 28 hingga 30 jun
Seramai lebih kurang 200 peserta terlibat di dalam program ini. Program ini banyak berkisar kepada penjagaan jeti dan balai nelayan serta perkampungan nelayan untuk dijadikan tarikan pelancong.
Para peserta diberikan ceramah dan taklimat oleh penceramah daripada perikanan. Selain daripada itu kami dikehendaki  memberikan hasil pembentangan kumpulan. Memang banyak idea telah diberikan oleh semua. 



Memang sesungguhnya kita wajar menjaga pemberian Allah dengan sebaik-baiknya.

Kursus Fiber glass


20 jun – 24 jun yang lalu, Pak Zainal bersama 12 org nelayan (5 org nelayan Melaka dan  beberapa peserta negeri lain ) telah menjalani kursus membuat boat fiber glass di Kuala Perlis, Perlis. Ianya adalah di bawah anjuran Jabatan Perikanan Pulau Pinang.







Antara proses menghasilkan bot fiber glass. Perlukan ketelitian baru dapat menjamin kualitinya.



Pak Zainal amat berterima kasih kerana diberi peluang menambah pengetahuan dan pengalaman yang memang berguna bagi para nelayan.
Cikgu Ali sungguh peramah dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu terutama sekali dalam membuat boat fiber glass. Pak Zainal dan rakan-rakan memang berminat dengan kursus sebegini yang dapat membantu kami menjimatkan kos pembelian bot yang sememangnya semakin mahal. Pak Zainal berharap agar dapat menghasilkan bot mengikut apa yang telah Pak Zainal pelajari tempohari. InsyaAllah.
Inilah rupa bot yang terhasil. Selepas beberapa penambahan, ia akan dapat digunakan.
Kami juga dibawa melawat ke Ladang Nipah Kipli di Kuala Sanglang, Perlis. Kami didedahkan dengan cara yang digunakan untuk mendapatkan nira nipah. Nira nipah yang diberikan memang sedap. Pak Zainal teringin juga mencuba mendapatkan nira nipah di Taman Lokan tetapi mungkin tidak akan berhasil kerana hidupan liar seperti monyet banyak; pokok bunga yang Pak Zainal tanam banyak yang telah dimusnahkan oleh monyet.