Telefon : 017-6735229

Jumaat, 29 April 2016

Pelajar Universiti Malaya Ke Taman Lokan

Penanda Lawatan

Para peserta
Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Taman Lokan Melaka telah menerima kunjungan daripada para pelajar dan pensyarah Sains Dan Pengurusan Alam Sekita(SPAS)  Universiti Malaya(UM) pada 15.April yang lalu dibawah program Jalinan Masyarakat yang berlangsung selama tiga hari di Kg. Paya Lebar, Melaka.

Wakil daripada Taman Lokan, Encik Zainal, telah menyambut para pelajar dan pensyarah ini dengan tangan yang terbuka. Beliau telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk para peserta, diantara aktiviti tersebut ialah membersihkan taman tersebut, menanam pokok bakau dan juga mengutip Lokan.

1) Gotong- Royong Membersihkan Kawasan


 
Seorang pelajar sedang membersihkan kawasan taman tersebut
                                                  
Gotong-royong membersihkan kawasan merupakan satu kemestian bagi pelajar-pelajar ini. Hal ini demikian kerana, mereka telah didik untuk sentiasa menjaga dan menghormati alam sekitar yang semakin hari semakin tercemar angkara manusia yang tidak bertanggungjawab. Aktiviti ini juga telah menambah keceriaan kawasan tersebut.

2) Menanam Benih Bakau

 
Benih pokok bakau yang hendak ditanam
Beberapa orang pelajar sedang menanam benih pokok bakau
                                                           
Pokok bakau merupakan tumbuhan yang sangat penting di taman ini. Hal ini kerana kawasan yang mempunyai pokok bakau merupakan habitat semulajadi untuk lokan. Selain itu, pokok bakau sangat penting di negara kita kerana ia sebagai benteng pertahanan untuk menghalang sebarang bencana alam yang bermula dari laut atau sungai. Oleh yang demikian, para pelajar ini telah mengambil inisiatif dengan menanam semula pokok bakau di kawsan tersebut.

3) Mengutip Lokan

 
Pengalaman baru bagi para pelajar ini mengutip lokan
                                                            
Para pelajar mencuba mengutip lokan sedaya upaya walaupun terpaksa bermain dengan lumpur yang dalam, namun begitu demi sebuah pengalaman, mereka terus melangkah mengatasi rasa takut yang bersarang dalam diri. Hasilnya, para pelajar ini telah berjaya mengutip lokan tersebut untuk disajikan sebagai makan malam mereka.
Para peserta sedang membersihkan lumpur di kaki
                                                           
Hasil tangkapan lokan
  Setelah mengutip lokan, Encik Zainal telah memperkenalkan buah Nipah kepada mereka. Kebanyakan daripada mereka baru pertama kali melihat buah tersebut dan mereka telah diberi peluang untuk merasainya. Walaupun kulit luar buah tersebut sangat keras, namun isinya manis dan lembut.
Encik Zainal sedang memberi buah Nipah
                                                            
Encik Zainal sedaang membelah buah Nipah
 Akhir sekali, taman lokan ini telah meninggalkan 1001 kenangan bagi semua peserta yang terlibat. Wakil daripada para pelajar dan pensyarah yang telah terlibat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Zainal kerana telah memberi peluang kepada mereka untuk merasai segala yang ada di taman ini dan sudi membimbing mereka ketika mereka mereka berada di sana.

Kenangan bergambar bersama
Perjalanan pulang menuju ke pengkalan
Bagi sesiapa yang berminat untuk pergi ke Taman Lokan, Melaka, anda boleh menghubungi nombor yang tertera diatas.

Sekian,Terima kasih diatas segalanya.