Telefon : 017-6735229

Isnin, 24 Mac 2014

JEJAK USAHAWAN.

Taman Lokan Pak Zainal menjadi tumpuan projek kajian pelajar Ijazah Sarjana Muda Fotografi dan Pengimejan Kreatif, UiTM Kampus, Puncak Alam, Selangor.

Pada 20 mac 2014 yang lalu, seorang pelajar fotografi telah menemui pak zainal untuk membuat kajian untuk semester akhir tentang pengusahaan lokan milik Pak Zainal.  Taman Lokan milik Pak Zainal telah menarik minat pelajar tersebut untuk mempromosikan lagi Pengusahan Kecil dan Sederhana lokan Pak Zainal untuk menarik lagi tumpuan pelancong dan menjadikan Taman Lokan Pak Zainal sebagai tempat perlancongan Di Melaka. Nama penuh Pak Zainal ialah Zainal Md Ali dan berumur 63 tahun. Bekas tentera ( 17RAMD dan 22RAMD) berpangkat Korperal kumpulan Tambo, selama 15 tahun. Menjadi Pengawal Keselamatan Sekolah Kebangsaan Berisu dan SK Ramuan China Besar selama 15 tahun. Di samping itu menjadi nelayan bagi menambahkan sumber pendapatan Pak Zainal.


Pak Zainal menceritakan tentang latar belakangnya.

Pak Zainal menunjukkan sebahagian keratan akhbar yang telah ditemu ramahnya.

Sebahagian keratan akhbar yang ditampal di dinding.

Lokan merupakan sejenis makanan laut yang menyerupai siput kepah tetapi mempunyai saiz yang besar dan kulitnya berwarna coklat. Seperti kita maklum, mencari lokan bukan tugas mudah kerana terpaksa mengharungi tanah liat yang digenangi air kehitam-hitaman sehingga paras lutut dan menyusup pula di celah-celah pokok nipah untuk mencungkil lokan dari tanah lumpur. Kesukaran itu, menyebabkan tidak ramai yang sanggup meredah tanah berlumpur untuk mencari lokan apatah lagi dalam keadaan paya bakau yang boleh mendatangkan ancaman haiwan berbahaya seperti ular, biawak mahupun buaya. Tidak seperti Pak Zainal yang sanggup meredah kesukaran walaupun tiga orang anaknya sudah berjaya di menara gading.

tempat pembiakan lokan

Pak Zainal mengambil ibu lokan untuk ditimbang.

Pak Zainal mengutip lokan.

Menimbang ibu lokan.

Hasil lokan yang diambil.

Lokan kini menjadi makanan paling digemari oleh kebanyakan penduduk di Melaka, malah di sepanjang jalan dari Kuala Sungai Baru hingga ke pusat bandar, pasti akan terlihat orang menjual lokan dan Pak Zainal merupakan pengusahaan lokan yang dikenali di Kg Paya Lebar.  Tidak hairanlah Kg Paya Lebar dipilih menjadi Desa Lestari. Selain itu juga, Pak Zainal berusaha untuk memperkenalkan Lagenda Kota Simpang. Pak Zainal berharap bagi pihak Jabatan Warisan dan Muzium dapat menyegerakan program memajukan kawasan Kota Simpang dengan secepat mungkin kerana ia berpotensi untuk tarikan para pelancong dari luar dan dalam negeri  serta para pengkaji sejarah dari dalam dan luar negara.

Taman Lokan Pak Zainal menerapkan 5 konsep iaitu konsep Pemakanan, konsep Ternakan, konsep Perlancongan, konsep Kreatif dan konsep Kesihatan. 5 konsep tersebut bertujuan untuk menunjukkan lokan bukan sahaja dijadikan ternakan dan makanan yang berkhasiat dari segi kesihatan tetapi dapat menarik pelancong dalam sektor perlancongan, serta kulit lokan boleh dijadikan sebagai kerusi atau jalan reflexology kepada orang ramai. Tambahan pula, Pak Zainal  telah mencipta beberapa jenis baja organik yang berasaskan bahan-bahan terpakai atau terbuang.

Kerusi disediakan untuk pengunjung di Taman Lokan.

Taman Lokan Pak Zainal dihiasi dengan tempat urutan badan yang dibuat daripada kulit lokan.

Sehingga kini, masih ada lagi institusi menghantar pelajar mereka untuk menjalani latihan praktikal dan penyelidikan di Taman Lokan. Pak Zainal masih memerlukan bantuan daripada segi kewangan bagi mencantikkan lagi taman tersebut. Taman lokan ini masih baru dan banyak lagi kemudahan yang tidak mencukupi dan menjadi masalah kepada pelancong yang datang mengunjungi Taman Lokan. Selain itu, Pak Zainal mempunyai hasrat untuk menarik minat anak-anak muda dalam mewarisi ilmu pembiakan lokan ini. 

Pak Zainal menunujukkan cara membuka lokan dengan betul.

Lokan yang diambil sendiri dari Taman Lokan Pak Zainal.

Jumaat, 21 Mac 2014

Kalendar 2014

Pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara.

Berkat kesabaran Pak Zainal akhirnya memperolehi kejayaan.