Memaparkan catatan dengan label Pelawat Taman Lokan.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelawat Taman Lokan.. Papar semua catatan

Selasa, 30 Jun 2026

Menu di petang sabtu

 Sementara menunggu ecocruise ahad lepas, kami sempat masak mee magi dengan lokan. Ditambah pula dengan hirisan limau.

Kemudian minum air nipah sejuk memang menyegarkan tekak di cuaca panas ini.

Bismillah.



Rabu, 1 Jun 2011

Taman Lokan dan kamera

Pak Zainal terharu dan bangga kerana Taman Lokan menjadi satu lokasi penggambaran oleh krew RTM bagi sebuah rancangan yang akan disiarkan pada bulan puasa kelak. Mereka terdiri daripada penduduk – penduduk Kg. Sungai Timun. 
Pak Zainal tidak sabar untuk melihat hasil penggambaran mereka. Secara tidak langsung ini dapat mempromosikan Taman Lokan pada orang ramai.Terima kasih kerana memilih Taman Lokan.






Rabu, 16 Mac 2011

Bawang Putih Taman Lokan

 


Semalam, 15hb Mac 2011, Taman Lokan telah dikunjungi oleh beberapa orang pegawai daripada Kementerian Pelancongan dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (Cik Nor Khairunnisa Binti Mohamad).
Pihak Pd Travel and Tours telah membawa mereka melihat buaya, ular serta ke Taman Lokan. Di sini mereka telah dapat merasakan pengalaman mencari lokan dan merasa lokan dan udang bakar. Di sini juga Cik Khairunnisa sempat merasa buaian semulajadi @ buaian Bawang Putih Bawang Merah. Ia daripada akar kayu yang terdapat dalam Taman Lokan. Buaian ini memang tahan dan kuat.
Diharapkan kunjungan ini akan memberikan ruang untuk pihak pelancongan mengenali Taman Lokan dengan lebih dekat lagi.

Isnin, 18 Oktober 2010

Melaka Maju 2010




Pada malam ahad yang lepas, Datuk Yaakub Arsyad dan keluarga beliau yang mengikuti pakej pelancongan PD Travel & Tours ( Safari ) telah melawat Taman Lokan... Beliau yang merupakan seorang executive di Kuala Lumpur telah berkesempatan melihat bangau dan keindahan sungai serta melihat aktiviti nelayan memancing dan menjala udang dengan secara lebih dekat lagi.
Saya amat berbesar hati apabila isteri beliau banyak memberi dorongan dan idea bagi mengindahkan lagi Taman Lokan ini. Walaupun prasarana di sini masih serba kekurangan, beliau sekeluarga berpuas hati dengan hasil kerja dan layanan yang diberikan... Terima kasih daun keladi..
Saya amat beruntung apabila semakin ramai golongan elit yang berkunjung ke Taman Lokan. Berbaloi segala usaha yang saya lakukan selama ini... Mudah-mudahan saya akan dapat pengiktirafan oleh badan yang berwajib bagi membantu saya dalam mengetengahkan hasil sungai terutama lokan sejajar dengan hasrat Ketua Menteri Melaka "Melaka Maju 2010"... Sebagai nelayan yang kerdil dan kurang berkemampuan, saya juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyumbang ke arah merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Melaka...

Khamis, 16 September 2010

kerusi urut




Pada pukul 4 petang semalam ( 5 hari raya),.. terdapat sekumpulan pelancong tempatan telah melawat Taman Lokan. Mereka mencuba duduk di kerusi urutan badan yang diperbuat daripada kulit lokan.. Ini idea Pak Zainal… Selalu kita dengar urutan kaki…

Pak Zainal selalu sakit pinggang selepas bekerja … apabila mencuba Pak Zainal terasa lega. Oleh itu Pak Zainal teruskan usaha membuat dan memperbaiki kerusi urutan tersebut .

Pengunjung juga mengatakan ianya melegakan dan berkesan.

Rabu, 1 September 2010

Lawatan Sambil Belajar






Pelajar-pelajar IPTA juga tidak terkecuali dalam melawat Taman Lokan ini. Lawatan sambil belajar dijalankan ini pernah dilakukan oleh UITM Skudai, dan UITM Shah Alam dan juga UPM Serdang. Mereka berpeluang melihat aktiviti yang dilakukan oleh Pak Zainal. Mereka juga banyak memberi dorongan dan galakan kepada Pak Zainal.
Dengan pengalaman yang ada sejak menjadi nelayan, Pak Zainal boleh membiak benih lokan secara tradisional/semulajadi. Dalam jangka masa lebih kurang 4 bulan, lokan(dewasa) akan mengeluarkan benih di mana Pak Zainal meletakkan 4 ekor lokan(dewasa) di kawasan lopak, dan bilangannya bertambah sebanyak hampir 30 ekor. Keistimewaan lokan ialah mengeluarkan benih secara semburan ( sebesar jagung dan kulitnya sangat nipis dan lembut). Kelemahan lokan ialah tumbesarannya akan terbantut dan mungkin tidak dapat mengeluarkan benih jika diletakkan di tempat yang tidak sesuai. Keunikan lokan – ia boleh hidup di dalam kolam cuma rasa isinya berbeza kerana ia bergantung kepada makanan yang terdapat di dalam kolam itu sahaja manakala lokan yang diternak secara semulajadi akan dapat makanan yang lebih banyak dan pelbagai.
Lokan yang “bernafas” ( kelihatan buih-buih udara ke permukaan air ) memudahkan lagi kita melihat kedudukan lokan tersebut.

Pelawat



Di samping menjadi nelayan, Pak Zainal ada mendapat kunjungan pelancong dari dalam dan luar Negara. Pada awal tahun 2010 ini, sebanyak 58 orang pelancong (wartawan ) yang terdiri daripada 12 negara antaranya Brunei, Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam, USA, Mali,Pakistan, India, Sri Lanka… etc.

Kebanyakan aktiviti ialah melawat taman lokan , dan melihat bagaimana pencarian lokan dilakukan. Pelancong juga dapat merasa lokan bakar dan juga keenakan buah nipah. Pelancong juga didedahkan dengan kehidupan lain yang terdapat di Sungai Rembau – Linggi. Pelancong juga dapat melihat bagaimana nelayan di sini menjala dan memancing ikan dan udang. Ada kalanya pelancong dapat merasa pengalaman menjala udang di sungai. Pelancong amat seronok apabila melihat udang yang telah dapat mereka jala. Di samping itu, pelancong ditunjukkan bagaimana hendak mencari siput sedut, barai dan ketam nipah di dalam lubang dan juga menggunakan binto/ bubu.

Aktiviti ini adalah hasil usaha sama Pak Zainal dengan River Safari..... anda bolehlah melawat blog mereka...

http://riversafari.blogspot.com/

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah ketika wartawan Thailand memberi perangsang kepada Pak Zainal untuk memajukan lagi Taman Lokan ini kerana walaupun lokan terdapat di Negara lain Pak Zainal berjaya menjadikan lokan sebagai aktiviti pelancongan. Ianya satu idea yang sangat menarik dan boleh diketengahkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi dan beliau akan mengikuti perkembangan Taman Lokan ini.. Pak Zainal hanya bersekolah setakat darjah 6 Melayu tetapi Pak Zainal faham jugalah apa yang pelancong tuturkan di dalam bahasa inggeris…


Menu di petang sabtu

 Sementara menunggu ecocruise ahad lepas, kami sempat masak mee magi dengan lokan. Ditambah pula dengan hirisan limau. Kemudian minum air ni...