Telefon : 017-6735229

Rabu, 29 Januari 2014

PROGRAM ANAK ANGKAT KOR SUKSIS UiTM SHAH ALAM.

Pada 20 Januari 2014, kampung kami dikunjungi seramai 56 orang pelajar kor suksis serta beberapa orang pegawai iringan. Majlis penyerahan anak angkat dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Amir Yusof di balai raya Kpg. Paya Lebar. Aktiviti bermula pada 21 Januari 2014, iaitu semua peserta pergi melawat pengusaha baja organik di teratak agro Pak Zainal. Pak Zainal seorang nelayan telah mencipta beberapa jenis baja organik yang berasaskan bahan-bahan terpakai...

Ahad, 19 Januari 2014

Pak Zainal dan Youtube

Ramai mesti tertanya-tanya kenapa Youtube? Sebenarnya idea ini sudah lama dibincangkan oleh saya dan Pak Zainal. Kami ingin berkongsi pengalaman nelayan secara lebih dekat lagi. Namun demikian, sebagai manusia biasa, kami masih lemah dalam penggunaan teknologi moden ini baik dari segi pengambilan video hinggalah ke proses yang seterusnya.   Ketika menyusuri sungai untuk kembali ke Pengkalan Tebing Urut,   Pak Zainal menyatakan terdapat seekor ular di dahan pokok, cucu – cucu Pak Zainal secara automatik ingin mengenalpasti ular tersebut....

Berkelah di Taman Lokan

Kami puas hati kerana walaupun telah beberapa kali percutian kami terpaksa ditunda, dapat juga kami menjayakan ke dua-dua program kami. Iaitu, bercuti di KL dan di Taman Lokan. 10hb Disember merupakan percutian kami yag terakhir pada 2013. Kami menaiki kereta ke Pengkalan Tebing Urut dan menaiki sampan ke Taman Lokan.  Suara dan telatah cucu-cucu Pak Zainal telah memecah keheningan sungai.  Sudah lumrah alam, anak-anak kecil belum mengerti...

Kidszania KL

 Oleh kerana keletihan bermain di Berjaya Times Square, kami keluar agak lewat. Itupun setelah makan satu buku roti ( toast) @ roti potong yang panjang. Ia disediakan oleh Azizan, cucu ke dua Pak Zainal.  Sekiranya anda ingin membawa anak-anak ke Kidszania sewaktu cuti, eloklah berada di sana awal. Ini kerana dengan bilangan pengunjung yang ramai, menyukarkan kanak - kanak mencuba pekerjaan yang mereka idam-idamkan. Cucu Pak Zainal tidak berkesempatan bekerja di syarikat penerbangan disebabkan kelewatan kami - tiba di sana di dalam...

Bercuti di KL

Pak Zainal ingin berkongsi pengalaman percutian Pak Zainal pada 6 – 9 Disember yang lepas. Sebelum ini, Pak Zainal dan isteri, anak-anak dan cucu – cucu Pak Zainal bercuti bersama. Namun, pada tahun ini, atas kekangan kerja dan kesihatan, isteri, anak kedua Pak Zainal, anak bungsu dan keluarganya tidak dapat bersama-sama kami.   Terlalu banyak tempat di Kuala Lumpur yang ingin cucu – cucu Pak Zainal lawati. Internet banyak membantu...