Telefon : 017-6735229

Selasa, 8 Julai 2014

Alhamdulillah isteri sihat, ahli keluarga bertambah.

Alhamdulillah, pada hari khamis yang lepas, Pak Zainal telah mendapat seorang lagi cucu lelaki. Sekarang Pak Zainal telah mempunyai 3 orang cucu perempuan dan 3 orang cucu lelaki. Selain dari itu, isteri Pak Zainal juga telah selamat menjalani pembuangan selaput mata pada hari jumaat. Semoga selamat sentiasa....

Bangau oh bangau, kenapa nelayan tidak ke sungai?

Selamat berpuasa kepada semua pembaca. Beberapa bulan ini, hasil tangkapan semakin berkurangan. Kemungkinan perubahan pada air menjadi pendorong. Pak Zainal terpaksa menghampakan permintaan orang ramai yang menginginkan udang. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Pak Zainal mengalami keadaan sebegini. Keadaan ini jugalah yang menjadi igauan para nelayan di sini.Pak Zainal teringat tsunami yang berlaku dahulu - hidupan laut 'rasa' kedatangan tsunami terlebih dahulu. Pada awal tahun 2014 ini juga, ampai - ampai ataupun ubur - ubur yang hidup...