Telefon : 017-6735229

Isnin, 29 Disember 2014

Penambahbaikan Taman Lokan

Pak Zainal masih di dalam proses menceriakan lagi Taman Lokan setelah selesai kerja - kerja menaik taraf Taman Lokan bulan lepas. Alhamdulillah Pak Zainal mendapat pembiayaan dari Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Majlis Daerah Alor Gajah setelah kertas kerja yang dimajukan oleh anak Pak Zainal. Setelah 5 tahun Pak Zainal dan keluarga mengeluarkan duit sendiri bagi memajukan hobi Pak Zainal dan Taman Lokan khususnya. Pak Zainal telah memperolehi...

Banjir 2014

Di sini, Pak Zainal dan keluarga ingin menzahirkan simpati kepada mangsa - mangsa banjir yang sedang melanda. Semoga semua tabah dan sabar menghadapi dugaan. Sesungguhnya bak pepatah lama " Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".  Kepada semua, bantulah mereka selagi kita mampu....

LAWATAN PENUTUP TIRAI 2014

Seramai lebih kurang 20 orang tetamu daripada anggota keluarga jabatan kerajaan Alor Gajah dan Melaka telah datang ke Taman Lokan pada Sabtu (26.12.2014)  yang lepas. Pak Zainal berbangga kerana imam muda wakil negeri Melaka sudi datang melawat ke Taman Lokan bersama keluarganya. Walaupun ketika itu, air pasang dalam, Pak Zainal dapat juga menunjukkan lokan yang ada di dalam kolam ternakan lokan di situ. Mereka juga dapat melihat...