Telefon : 017-6735229

Khamis, 31 Mac 2011

Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) ke Taman Lokan

Pak Zainal dan anak buah, Din, serta Mokhtar, melayan tetamu terbaru Taman Lokan yang terdiri daripada kumpulan Matta Negeri Sembilan dan pengerusi Matta Malaysia, Datuk Khalid serta kakitangannya. Mereka seperti biasa dibawa oleh PD Travel & Tours. Anak buah Pak Zainal, Din dan Mokhtar cuba menimba pengalaman dan secara tidak langsung diharapkan mereka boleh menjadi pelapis Pak Zainal. Pak Zainal banyak mendapat pandangan dan idea daripada...

MESYUARAT AGUNG KE 26 PERSATUAN NELAYAN MELAKA BARAT

Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan Melaka Barat telah dijalankan lebih kurang pada pukul 11.00 pagi bertempat di Dewan Persatuan Nelayan Melaka Barat. Ia telah dirasmikan oleh Pengarah LKIM Melaka, Tn. Hj. Bahrain. Ia banyak membincangkan hal ehwal nelayan setempat. Antara topik perbincangan yang hangat ialah usul nelayan mengenai penutupan sungai yang sedikit sebanyak telah menjejaskan mata pencarian nelayan. Rata - rata nelayan berpuas hati...

Isnin, 28 Mac 2011

Tembok Lokan

Pak Zainal mempunyai idea baru menggunakan kulit lokan. Sejak 3 hari yang lepas, Pak Zainal telah meminta bantuan seorang adik saudara Osman Bin Main dalam projek terbaru Pak Zainal ini.     Cucu memantau hasil kerja Pak Zainal   "Atuk, letak elok-elok.. "   Pemantauan kualiti oleh cucu Pak Zainal ingin menaikkan taraf “Teratak Agro” dengan membina tembok menggunakan kulit lokan sebagai hiasan atau tema....

Projek Anak angkat Uitm Kampus Bandar Melaka

26 dan 27hb yang lepas, Kg. Paya Lebar membuat program anak angkat di bawah anjuran Mas Ermieyati Binti Samsuddin (Puteri Umno ) dan Syed Fauzi Bin Karim (Pemuda Umno) Kg. Paya Lebar. Semakin bertambah aktiviti untuk menaikkan nama kampung sejak mereka mengendalikan organisasi mereka. Tahniah diucapkan dan semoga kampung Paya Lebar akan mendapat satu produk yang boleh penduduk kampung jalankan. Seperti mana yang dapat dilihat di setiap kampung yang...

Pengurus hotel dan chalet

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE ...

Ahad, 20 Mac 2011

Sukan Kolej Komuniti 2011

Sejak beberapa hari yang lepas, internet kurang memuaskan. Oleh itu, Pak Zainal tidak dapat menyelitkan gambar dalam blog. Mudah-mudahan minggu ini gambar-gambar tersebut akan dapat dimuat turun dengan mudah.18hb Mac hingga 20hb Mac 2011 Pak Zainal dan Pakcik Din serta anak-anaknya berniaga makanan di Kolej Komuniti Tinggi Mara yang bertempat di Ramuan China Besar. Ia bersempena pertandingan Sukan antara Kolej Komuniti di Malaysia ini.  Gerai...