Pak Zainal dan anak buah, Din, serta Mokhtar, melayan tetamu terbaru Taman Lokan yang terdiri daripada kumpulan Matta Negeri Sembilan dan pengerusi Matta Malaysia, Datuk Khalid serta kakitangannya. Mereka seperti biasa dibawa oleh PD Travel & Tours.
Anak buah Pak Zainal, Din dan Mokhtar cuba menimba pengalaman dan secara tidak langsung diharapkan mereka boleh menjadi pelapis Pak Zainal.
Pak Zainal banyak mendapat pandangan dan idea daripada Datuk Mohd Khalid dan rombongannya. Seperti biasa mereka dapat merasai lokan dan udang bakar. Cuma Pak Zainal berasa terkilan kerana mereka tidak dapat merasai keenakan buah nipah. Ini kerana kebanyakkan buah nipah samada telah tua ataupun terlalu muda. Walaubagaimanapun, Pak Zainal dapat juga memberi mereka merasa air nipah ( daripada buah nipah yang muda). Seronok melihat keinginan mereka merasa air nipah tersebut.
Ular tiung berjaya memikat hati pelawat-pelawat. Ada yang suka, dan teruja, ada juga yang geli-geleman apabila melihat ular tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Menu di petang sabtu
Sementara menunggu ecocruise ahad lepas, kami sempat masak mee magi dengan lokan. Ditambah pula dengan hirisan limau. Kemudian minum air ni...
-
Udang ini selalu berpecah semasa musim banjir / keruh…. Ia akan berkumpul apabila kemasinan air tinggi – air mati 5 ke 8 haribula...
-
Pak Zainal terserempak dengan ular ini semasa sedang menjala... apa lagi... Pak Zainal tangkap gambar ular ini... menambahkan lagi koleksi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan