Assalamualaikum dan selamat malam
Di sini, saya akan nyatakan antara flora yang ada di Taman Lokan.
Kategori pertama merupakan tumbuhan asal di Taman Lokan. Ianya hasil sebaran semulajadi oleh alam. Samada mengikut aliran air sungai dan pasang surut (Hidrokori), sebaran oleh haiwan (Zookori), angin (Anemokori) dan lain - lain lagi.
Kategori kedua ialah ditanam oleh Pak Zainal bagi hiasan dan membantu Pak Zainal dalam industri ekopelancongan di Taman Lokan.
![]() |
| Ini adalah antara pokok bakau tertua di Taman Lokan. ( berdasarkan akar jangkangnya ~ yang keluar dari bahagian bawah batang pokok dan masuk ke dalam lumpur ) |
Pokok bakau penting dalam melindungi alam daripada kesan hakisan, sampah daripada air pasang, benteng utama banjir, dan bantu mengurangkan kesan penipisan ozon.
Alam banyak bergantung kepada pokok bakau ini. Pokok bakau merupakan habitat bagi pelbagai haiwan. Lokan banyak hidup di tanah lumpur di bawah rimbunan bakau ini. Siput seperti siput sedut dan siput timba juga boleh di temui di pokok bakau.
Habitat ini banyak membantu penduduk setempat mendapatkan sumber makanan mereka. Pelbagai resepi dan juadah yang menjadi hidangan penduduk setempat. Bahagian batang pokok bakau menjadi arang, tiang bangunan dan bahagian bot. Nelayan pula dapat mengutip hasil sungai dan menjualnya sebagai sumber pendapatan. Pak Zainal pula dapat menjadikan kawasan bakau di Taman Lokan ini sebagai pusat ekopelancongan dan tempat Pak Zainal menunjukkan kreativiti Pak Zainal.
