Rabu, 23 April 2014

Kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan Masjid Tanah dengan Taman Lokan

Pak Zainal berasa bertuah kerana banyak agensi kerajaan dan juga IPTA telah tampil untuk meembantu Pak Zainal memajukan Taman Lokan yang diusahakan. Mudah-mudahan impian Pak Zainal untuk menjadikan Taman Lokan betaraf Antarabangsa akan mendapat tempat di hati pengunjung yang akan datang melawat Melaka 2014. Ini kerana konsip Taman Lokan mempunyai ciri ciri yang tersendiri dan Unik. Pada bulan  MAC 2014 Pertubuhan Peladang kawasan Masjid Tanah serta Jabatan Perikanan telah mebantu untuk menambah benih lokan  dari peruntukkan Parliman Masjid Tanah sebanyak RM 3 ribu. Melalui bantuan yang di perolehi, diharap ia dapat menambahkan lagi bilangan lokan yang ada dalam taman Pak Zainal. Semasa pemyampaian benih dilakukan oleh Pak Zainal, Satu sesi rakaman video oleh RTM telah dilakukan dan akan disiarkan dalam rancangan Jalan-Jalan Santai yang akan ke udara pada bulan Jun 2014. Rancangan tersebut di Hos Kan oleh Shiro Maharaja lawak.

Semoga usaha murni ini akan menarik minat orang ramai tampil untuk membantu Pak Zainal untuk menambahkan khazanah alam.
     Shiro Maharajalawak- Seronok Betul dia mencampakkan benih lokan ke dalam Taman Lokan Pak
     Zainal

Sabtu, 19 April 2014

Hari Keluarga Universiti Kuala Lumpur Ke Taman Lokan Pak Zainal

Keluarga-keluarga dari Universiti Kuala Lumpur  berserta pensyarah telah datang ke Taman Lokan. Seperti biasa Pak Zainal telah menjamu peserta-peserta dengan lokan dan udang bakar.
Mereka  tertarik konsep Taman Lokan yang Pak Zainal usahakan dan berjanji akan datang lagi untuk membawa lebih ramai lagi  peserta.   

                                                                                 

Rabu, 16 April 2014

Program Bersama UKM Menanam Pokok Berembang

Pada 13 Apr 2041 Kooperasi Kampung Paya Lebar dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia telah membuat program  menanam pokok berembang di tebing sungai. Untuk makluman semua, pokok berembang merupakan kediaman kelip-kelip.
Pak Zainal sempat mempromosikan hidupan sungai seperti ketam udang, lokan dan barai. Azlinda, anak kedua Pak Zainal menunjukkan kepakarannya  memasak ketam dan udang bagi tetamu VIP. Antara tetemu VIP yang hadir ialah YB AR Ismail, Dun Kuala Linggi. Dato Latipah, Dun Melekek, YB Mas Ermieyati Binti Samsudin dan lain-lain lagi. 
Cucu Pak Zainal sempat mengambil video seekor ular air sedang memakan ikan. Sememangnya menjadi tarikan kepada kanak-kanak dan juga orang ramai yang tidak pernah melihat situasi tersebut. Pendedahan dan pengetahuan mengenai kelip - kelip oleh pihak universiti banyak memberikan info menarik kepada Pak Zainal dan penduduk kampung.










Khamis, 10 April 2014

KERJASAMA ANTARA TAMAN LOKAN DENGAN KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH.


     Pada 10 April 2014, Pak Zainal berasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan pengarah Kolej Komuniti Masjid Tanah, Tuan Haji Zupri Bin Yazid  . Ekoran daripada lawatan ke Pulau Langkawi atas tajaan DUN Ayer Limau dan Parlimen Masjid Tanah, idea dari program lawatan Pak Zainal dapat bertukar-tukar pendapat dengan pensyarah, Encik Nizam dan Puan Akma untuk menjadikan Kolej Komuniti sebagai rakan atau keluarga angkat untuk memajukan Taman Lokan yang beliau usahakan. Atas perbincangan Pak Zainal dan Tuan Haji Zupri Bin Yazid, dia bersetuju meninjau dan mengintai peluang yang ada dalam Taman Lokan; dan projek-projek yang Pak Zainal usahakan. Tuan pengarah akan membawa delegasi yang dihadiri oleh pakar-pakar dari bidang yang tertentu. Insya Allah, mudah-mudahan program ini akan berjalan dengan lancar. Semoga membuahkan hasil dengan cemerlang untuk masa depan kolej, Taman Lokan, DUN Ayer Limau, Parlimen Masjid Tanah dan Melaka amnya.     

Isnin, 24 Mac 2014

JEJAK USAHAWAN.

Taman Lokan Pak Zainal menjadi tumpuan projek kajian pelajar Ijazah Sarjana Muda Fotografi dan Pengimejan Kreatif, UiTM Kampus, Puncak Alam, Selangor.

Pada 20 mac 2014 yang lalu, seorang pelajar fotografi telah menemui pak zainal untuk membuat kajian untuk semester akhir tentang pengusahaan lokan milik Pak Zainal.  Taman Lokan milik Pak Zainal telah menarik minat pelajar tersebut untuk mempromosikan lagi Pengusahan Kecil dan Sederhana lokan Pak Zainal untuk menarik lagi tumpuan pelancong dan menjadikan Taman Lokan Pak Zainal sebagai tempat perlancongan Di Melaka. Nama penuh Pak Zainal ialah Zainal Md Ali dan berumur 63 tahun. Bekas tentera ( 17RAMD dan 22RAMD) berpangkat Korperal kumpulan Tambo, selama 15 tahun. Menjadi Pengawal Keselamatan Sekolah Kebangsaan Berisu dan SK Ramuan China Besar selama 15 tahun. Di samping itu menjadi nelayan bagi menambahkan sumber pendapatan Pak Zainal.


Pak Zainal menceritakan tentang latar belakangnya.

Pak Zainal menunjukkan sebahagian keratan akhbar yang telah ditemu ramahnya.

Sebahagian keratan akhbar yang ditampal di dinding.

Lokan merupakan sejenis makanan laut yang menyerupai siput kepah tetapi mempunyai saiz yang besar dan kulitnya berwarna coklat. Seperti kita maklum, mencari lokan bukan tugas mudah kerana terpaksa mengharungi tanah liat yang digenangi air kehitam-hitaman sehingga paras lutut dan menyusup pula di celah-celah pokok nipah untuk mencungkil lokan dari tanah lumpur. Kesukaran itu, menyebabkan tidak ramai yang sanggup meredah tanah berlumpur untuk mencari lokan apatah lagi dalam keadaan paya bakau yang boleh mendatangkan ancaman haiwan berbahaya seperti ular, biawak mahupun buaya. Tidak seperti Pak Zainal yang sanggup meredah kesukaran walaupun tiga orang anaknya sudah berjaya di menara gading.

tempat pembiakan lokan

Pak Zainal mengambil ibu lokan untuk ditimbang.

Pak Zainal mengutip lokan.

Menimbang ibu lokan.

Hasil lokan yang diambil.

Lokan kini menjadi makanan paling digemari oleh kebanyakan penduduk di Melaka, malah di sepanjang jalan dari Kuala Sungai Baru hingga ke pusat bandar, pasti akan terlihat orang menjual lokan dan Pak Zainal merupakan pengusahaan lokan yang dikenali di Kg Paya Lebar.  Tidak hairanlah Kg Paya Lebar dipilih menjadi Desa Lestari. Selain itu juga, Pak Zainal berusaha untuk memperkenalkan Lagenda Kota Simpang. Pak Zainal berharap bagi pihak Jabatan Warisan dan Muzium dapat menyegerakan program memajukan kawasan Kota Simpang dengan secepat mungkin kerana ia berpotensi untuk tarikan para pelancong dari luar dan dalam negeri  serta para pengkaji sejarah dari dalam dan luar negara.

Taman Lokan Pak Zainal menerapkan 5 konsep iaitu konsep Pemakanan, konsep Ternakan, konsep Perlancongan, konsep Kreatif dan konsep Kesihatan. 5 konsep tersebut bertujuan untuk menunjukkan lokan bukan sahaja dijadikan ternakan dan makanan yang berkhasiat dari segi kesihatan tetapi dapat menarik pelancong dalam sektor perlancongan, serta kulit lokan boleh dijadikan sebagai kerusi atau jalan reflexology kepada orang ramai. Tambahan pula, Pak Zainal  telah mencipta beberapa jenis baja organik yang berasaskan bahan-bahan terpakai atau terbuang.

Kerusi disediakan untuk pengunjung di Taman Lokan.

Taman Lokan Pak Zainal dihiasi dengan tempat urutan badan yang dibuat daripada kulit lokan.

Sehingga kini, masih ada lagi institusi menghantar pelajar mereka untuk menjalani latihan praktikal dan penyelidikan di Taman Lokan. Pak Zainal masih memerlukan bantuan daripada segi kewangan bagi mencantikkan lagi taman tersebut. Taman lokan ini masih baru dan banyak lagi kemudahan yang tidak mencukupi dan menjadi masalah kepada pelancong yang datang mengunjungi Taman Lokan. Selain itu, Pak Zainal mempunyai hasrat untuk menarik minat anak-anak muda dalam mewarisi ilmu pembiakan lokan ini. 

Pak Zainal menunujukkan cara membuka lokan dengan betul.

Lokan yang diambil sendiri dari Taman Lokan Pak Zainal.

Jumaat, 21 Mac 2014

Kalendar 2014

Pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara.

Berkat kesabaran Pak Zainal akhirnya memperolehi kejayaan.

Jumaat, 28 Februari 2014

Buaya tua mati di Sungai - Linggi Rembau ( Kota Simpang )

Pak  Zainal  mulakan dengan  kejutan baharu  -   menjumpai  buaya  mati di  perairan   Sungai  Linggi Rembau  berhampiran  Kota Simpang. Ia berlaku apabila Pak Zainal yang sedang menjala udang bersama seorang rakan nelayan, Pak Jais ( Pak Mamat Hasan ). Kami terbau bau bangkai yang kuat. Apabila kami mencari punca bau tersebut, kami mendapati buaya yang mendiami kawasan tersebut mati berhampiran tebing sungai.
Buaya yang mati  itu  di anggarkan buaya yang tertua  dikawasan Sungai  Rembau Linggi ini ( hampir 100  tahun  atau lebih)
Pak Zainal  telah  menghubongi  Tok  Penghulu  Dun Ayer Limau.  Tok Penghulu  telah  menghubungi   para wartawan  Metro,  Sinar, Berita  Harian, Pertahanan Awam, pegawai Perhilitan  dan juga  doktor  pakar dari Jabatan Haiwan. Ahli Parlimen Masjid Tanah juga telah menyumbang sebahagian daripada kos sewaan bot nelayan untuk para petugas. Orang ramai tidak dibenarkan menghampiri kawasan ini semasa proses ini berlaku. Ini unuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini terutamanya sebelum mengetahui punca sebenar kematian buaya tersebut. Pak Zainal andaikan mungkin kerana risaukan penyebaran penyakit dan sebagainya.
Alhamdullilah semua program  berjalan lancar.  Semuanya terlibat  di dalam mengurus dan  mengalihkan buaya itu  untuk di  periksa  oleh doktor pakar serta jabatan perhilitan dengan  mengunakan bot nelayan dan bot JPA.
Menurut doktor pakar buaya itu mati kerana usia  tua sehinggakan ia tidak  berdaya untuk  bergerak.  Selesai saja bedah siasat, buaya itu ditanam  dan pada keesokan  harinya iaitu 28 Januari  2014,  anggota dari TV3 iaitu   Malaysia Hari Ini ( MHI)  telah berjumpa dengan Pak Zainal. Rentetan daripada itu, pada 30 hb  MHI  telah memberikan ulasan berita buaya tersebut.
 Pak Zainal bersyukur buaya itu telah ditanam. Sekurang kurangnya mengurangkan cerita yang kurang enak mengenai kematian buaya itu. Lagipun, jika dibiarkan, ianya akan mengeluarkan bau busuk hingga memudaratkan habitat di sungai. Haiwan pemangsa juga akan berkumpul di kawasan tersebut untuk memakan bangkai buaya tersebut. Sehingga menyusahkan para nelayan untuk melalui kawasan tersebut. Orang juga akan memulaukan hasil tangkapan nelayan di sini kerana takut hidupan di sini memakan sisa – sisa bangkai buaya tersebut.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat. Semoga kerjasama ini akan dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.
* Untuk makluman semua, pada awalnya, Pak Zainal yang menaip cerita ini sendiri. Oleh itu, terdapat beberapa ayat-ayat lama saya kekalkan. Maklumlah orang lepasan sekolah era 50-an.  
           


Gambar di bawah merupakan gambar pelancong – pelancong luar Negara yang ingin melihat lokasi buaya yang mati itu ditemui. Mereka dikatakan telah mendapat maklumat melalui internet dan televisyen TV3.



Menu di petang sabtu

 Sementara menunggu ecocruise ahad lepas, kami sempat masak mee magi dengan lokan. Ditambah pula dengan hirisan limau. Kemudian minum air ni...