Selasa, 27 Januari 2015

Kalendar Februari 2015

Di sini, Pak Zainal ingin bercerita mengenai program yang akan dijalankan tidak lama lagi.


Dijangkakan, pada bulan 2 nanti, seramai 60 pelajar KUIM akan membuat Program Belajar dan Aktiviti Kemasyarakatan. Pelajar-pelajar ini akan ke Taman Lokan untuk aktiviti Ikhtiar Hidup dan penjagaan Alam Sekitar.

Pada bulan 3 pula, Pelajar – pelajar UItm Shah Alam akan menjalankan aktiviti di sini. Semoga aktiviti akan berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Rabu, 7 Januari 2015

Pokok seribu guna

Pak Zainal ingin membuat topi menggunakan daun nipah. Oleh itu, pencarian di internet bermula. Memang rambang mata apabila melayari laman web yang memaparkan info anyaman daun kelapa. Terleka dengan keindahan ciptaan Allah ini. Patutlah ia digelar pokok seribu guna.

Antara laman web yang menarik ialah :

 1. Anyaman topi  

2. Anyaman  produk pasar terapung Amphawa Thailand
3.  Blogger Indonesia
4.  Blogger Malaysia semestinya:

Sebenarnya banyak lagi video yang menarik dan padat mengenai anyaman daripada daun kelapa yang tidak saya nyatakan di sini. 
Saya tertarik dengan headband yang dibuat oleh James Bamba.  Apabila saya melayari info mengenai Guam, tempat kelahiran beliau, saya tertarik dengan kisah - kisah lagendanya.: asal usul pokok kelapa, kisah gua sepasang kekasih dan lain-lain lagi. Pembacaan yang diiringi oleh lagu-lagu kisah cinta LiteFM's sememangnya mengasyikkan. 

Adakah Pak Zainal berjaya membuat topi daun nipah? Hanya masa akan menentukannya. 
Pak Zainal yang telah sihat daripada sakit mata akibat terkena kayu semasa melakukan kerja-kerja di Taman Lokan sedang diserang batuk pula ( Isteri Pak Zainal sakit tekak ). Semoga mereka cepat sembuh.

Isnin, 29 Disember 2014

Penambahbaikan Taman Lokan

Pak Zainal masih di dalam proses menceriakan lagi Taman Lokan setelah selesai kerja - kerja menaik taraf Taman Lokan bulan lepas.

Alhamdulillah Pak Zainal mendapat pembiayaan dari Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Majlis Daerah Alor Gajah setelah kertas kerja yang dimajukan oleh anak Pak Zainal. Setelah 5 tahun Pak Zainal dan keluarga mengeluarkan duit sendiri bagi memajukan hobi Pak Zainal dan Taman Lokan khususnya.

Pak Zainal telah memperolehi 2 tandas, 2 tempat istirehat, pembakar ikan dan perigi. Pak Zainal akan cuba memperbaiki lagi kekurangan yang perlu disediakan di Taman Lokan secara berperingkat. Contohnya, pam air, jeti, jalan darat dan keceriaan.




 
 
Hasil melayari blog ini, permintaan untuk membuat program seperti kursus dan lawatan sambil belajar oleh pelbagai institusi pengajian tinggi semakin banyak.  Kemungkinan besar, Pak Zainal dengan pertolongan Belia 4B Paya Lebar akan menerima kunjungan seawal Januari 2015.

Banjir 2014

Di sini, Pak Zainal dan keluarga ingin menzahirkan simpati kepada mangsa - mangsa banjir yang sedang melanda.

Semoga semua tabah dan sabar menghadapi dugaan. Sesungguhnya bak pepatah lama " Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". 

Kepada semua, bantulah mereka selagi kita mampu.

LAWATAN PENUTUP TIRAI 2014

Seramai lebih kurang 20 orang tetamu daripada anggota keluarga jabatan kerajaan Alor Gajah dan Melaka telah datang ke Taman Lokan pada Sabtu (26.12.2014)  yang lepas.



Pak Zainal berbangga kerana imam muda wakil negeri Melaka sudi datang melawat ke Taman Lokan bersama keluarganya.

Walaupun ketika itu, air pasang dalam, Pak Zainal dapat juga menunjukkan lokan yang ada di dalam kolam ternakan lokan di situ.

Mereka juga dapat melihat dan merasakan keindahan persekitaran sungai Rembau-Linggi.

Pak Zainal memberi cadangan supaya pengunjung yang ingin merasa masakan hasil sungai membuat tempahan awal. Harga adalah mengikut jenis hasil sungai dan juga masakan yang ingin ditempah ( ianya boleh dirunding. )  Selalunya harga yang tinggi adalah menu yang berasaskan udang galah. Purata harga udang galah mentah adalah di antara RM 50 hingga RM 60 sekilogram.



Rabu, 19 November 2014

JEJAK USAHAWAN (Program akhir Tahun Pak Zainal Bulan 10-12)

BULAN 10

Bercuti bersama keluarga di AFamosa.








Lawatan Pengerusi Pertubuhan Ladang Negeri Melaka, Dato Abu Pit dan ketua-ketua Peladang Masjid Tanah ke Taman Lokan serta pelepasan benih udang di Taman Lokan.






BULAN 11

(26/11-30/11)- Program Anak Angkat, Sekolah Pondok, Negeri Selangor di Kampung Paya Lebar.

Dijangka BULAN 12

(15/12-18/12)- Pelajar dari Universiti Malaya seramai 60 ke atas membuat program anak angkat.


Sepanjang usaha titik peluh Pak Zainal ini, telah mendapat perhatian ramai pihak dalam dan luar dari negeri Melaka, ahli politik dan ahli perniagaan. baru-baru ini, Pak Zainal telah mendapat peruntukan di bawah Parlimen Masjid Tanah. Kemungkinan juga Pejabat Daerah Alor Gajah juga akan sama-sama menyumbang untuk membantu menaik taraf Taman Lokan milik beliau.

Pak Zainal bukan sahaja pakar dalam pengusahakan lokan, beliau juga mempunyai kepakaran dalam menangkap udang galah. Sebagai contoh, baru-baru ini beliau dapat membekalkan udang kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Alhamdulillah dengan berkat titik peluh beliau, dapat membuka ruang selain mengusahakan Taman Lokan milik beliau.

Sekiranya ada yang berminat untuk menempah udang galah ataupun lokan boleh menghubungi terus Pak Zainal. 



Hasil Penulisan;
Nor Hazwani bt Mohd Muslim


Ahad, 28 September 2014

Kursus Bubu Udang Galah Dan Ikan


       


 
               Kursus ini telah diadakan pada 22 hingga 24 Septembar 2014 di Balai Raya Lubuk China, Melaka. Ia merupakan anjuran Jabatan Perikanan Negeri Melaka.  Jurulatihnya merupakan wakil  Jabatan Perikanan Terengganu dan seramai 16 hingga 20 peserta yang terdiri daripada nelayan kawasan Lubuk China, Melaka.
       
               Disebabkan oleh masalah udang yang semakin berkurangan di sungai, kegunaan bubu ini tidak dapat ditunjukkan oleh jurulatih. Mudah-mudahan permasalahan udang ini akan pulih seperti sediakala barulah bubu ini akan dapat digunakan. Bubu ini amat sesuai digunakan di kawasan sungai  kerana terdapat beberapa spesis ikan yang sesuai ditangkap menggunakan bubu ini.









        

Menu di petang sabtu

 Sementara menunggu ecocruise ahad lepas, kami sempat masak mee magi dengan lokan. Ditambah pula dengan hirisan limau. Kemudian minum air ni...