Telefon : 017-6735229

Isnin, 30 Ogos 2010

Buaya di port Dickson

Lihatlah bangkai buaya yang dijumpai di Port Dickson ini...... Tidak mustahil ia adalah buaya yang terdapat di Sg Linggi - Rembau....http://norainiammran.blogspot.com/2010/08/bangkai-buaya-tembaga-seberat-hampir.htmlItulah antara kesan pencemaran sungai..... Ini pula gambar berhampiran kawasan Taman Lokan… Seekor buaya sedang mengikut sisa buangan manusia (karung guni berisi perut lembu..) Dapat dilihat buaya tersebut mengekori guni tersebut...

Rabu, 25 Ogos 2010

Berbuka Lauk Udang masak Sos

Di bulan ramadhan ini, anak Pak Zainal( Cikgu Azlina) dan anak-anaknya, Raudha(7 tahun), Azizan ( 5 tahun) dan Zahirah ( 3 tahun ) temankan Pak Zainal. Kami makan lauk hasil sungai dan ikan kolam.Cucu Pak Zainal suka makan udang dan ketam. Kebetulan Pak Zainal telah mendapat udang piai dan udang galah, anak Pak Zainal buat masak sos. Cucu Pak Zainal berselera makan tetapi mereka memancing pulak ( pilih udang yang besar-besar sahaja).Sekarang...

Pelapis Kecil

Baru-baru ini Pak Zainal memancing & menjala ikan di kolam di hadapan rumah Pak Zainal. Sambil itu Pak Zainal membersihkan kolam - pokok teratai telah banyak...Cucu-cucu Pak Zainal tidak tahan excited lalu sama-sama masuk ke dalam kolam.... Ibu mereka memang tidak pernah masuk ke dalam kolam. Dia takut bila Pak Zainal kata ada lintah di dalam kolam...Gambar ini di ambil oleh ibu mereka. Zahirah telah keluar awal. Bolehlah bantu Pak Zainal...

Jom Heboh di Stadium Hang Jebat

Pada 8 Ogos yang lepas, Pak Zainal, Anak dan cucu-cucu pergi ke Jom Heboh... pada pukul 3 petang.... duit dalam poket kami cuma ada RM 50.00.Kami pun kasihankan cucu-cucu Pak Zainal yang telah lama tidak berjalan.... Penat Pak Zainal dukung Zahirah... cucu Pak Zainal yang berumur 3 tahun...Kami berjalan sekeliling Jom heboh sambil melayan telatah cucu-cucu.... Masing-masing inginkan belon... si kakak inginkan belon Minnie... si angah belon spiderman........

Aktiviti Kg Paya Lebar..

Pada 1hb Ogos yang lepas, Pak Zainal, anak (cikgu Azlina) dan anak-anaknya ( Raudha, Azizan dan Zahirah telah menyertai aktiviti Kg. Paya Lebar -Anak Pak Zainal telah menyertai aktiviti poco-poco dan tarik tali ... Cucu Pak Zainal telah menyertai pertandingan mewarna dan sukaneka.... Pak Zainal pula menang dalam acara Tarik Tali.Banyak aktiviti yang telah dijalankan... Pertandingan kraftangan, minum air dalam botol, tarik upih,...dan lain...

Buaya

Sejenis lagi hidupan air yang terdapat di sungai ini ialah buaya. Nelayan pernah terserempak dengan 3 jenis buaya – buaya biasa-muncung pendek;buaya tembaga;buaya muncung panjang. Selalunya buaya yang selalu ditemui adalah anak-anak buaya, dan buaya besar - sebesar tong dram dan kadangkala sebesar sampan hampir 16 ke 20 kaki panjangnya. Buaya di sini adalah banyak dan pernah satu ketika dahulu pihak Majalah 3 membuat liputan mengenai buaya...

Hidupan lain di Sungai Rembau

Ada bermacam jenis ular yang mendiami kawasan Sungai Rembau-Linggi ini. Di antaranya ialah ular tiung ini. Ular ini duduk di atas daun nipah/pokok bakau berhampiran tepi sungai ketika ia hendak bersalin kulit, waktu ia kenyang ( selepas memakan mangsanya ) Mengikut kata orang dulu-dulu ular ini boleh mengetahu perubahan cuaca iaitu ketika ribut atau banjir besar akan berlaku. Ketika ini ia akan duduk di tepi sungai. Ular ini tidak...

Lokan

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE ...

Selasa, 17 Ogos 2010

Siput

Seperti yang dilihat dalam gambar, siput sedut ini banyak terdapat di kawasan sungai Rembau-Linggi ini.Lokasinya berhampiran dengan habitat lokan dan lala. Kebiasaannya ia terdapat di kawasan air payau dan masin. Ia duduk bergantung di pokok-pokok bakau, nipah, dan berembang…. keunikan siput ini ialah ia akan naik ke atas apabila air pasang. Saiz siput sedut ini tidaklah sebesar siput sedut di laut tetapi isinya lebih sedap. Siput sedut...