Telefon : 017-6735229

Rabu, 25 Ogos 2010

Pelapis Kecil







Baru-baru ini Pak Zainal memancing & menjala ikan di kolam di hadapan rumah Pak Zainal. Sambil itu Pak Zainal membersihkan kolam - pokok teratai telah banyak...
Cucu-cucu Pak Zainal tidak tahan excited lalu sama-sama masuk ke dalam kolam.... Ibu mereka memang tidak pernah masuk ke dalam kolam. Dia takut bila Pak Zainal kata ada lintah di dalam kolam...
Gambar ini di ambil oleh ibu mereka. Zahirah telah keluar awal. Bolehlah bantu Pak Zainal membersihkan kolam kelak...
Pak Zainal telah membuat batas-batas untuk memisahkan kolam yang besar kepada 6 kolam yang kecil..... Kolam yang kami bersihkan ini mengandungi ikan bawal piranha ( pacu), ikan jelawat, talapia hitam, sembilang,...etc
Di dalam kolam yang lain kami pelihara talapia merah, sepat, haruan, sembilang, puyu, kaloi,... kami cuba untuk khaskan setiap kolam dengan 1 / 2 jenis ikan sahaja tetapi oleh kerana banjir, ikan telah berpindah randah ke kolam lain. Ada juga udang umpan(udang halus).
Semua ikan ini adalah untuk makanan kami sahaja dan sebagai hobi anak-anak Pak Zainal... Seronok apabila melihat gelagat cucu ketika memberi ikan makan. Seronok juga ketika melihat ikan yang dipelihara sejak kecil menjadi besar. Cucu Pak Zainal juga suka memancing ikan sembilang... Ibu mereka akan mengikat ikan umpan pada tali pancing ( tidak menggunakan mata kail) dan memberikan pancing tersebut kepada Zahirah.... Zahirah pula akan menjerit jerit seronok apabila melihat pelampung di atas air disentap ketika ikan memakan umpan tersebut.

0 comments: