Apabila krew TV3 sampai,.. Pak Zainal menanyakan program mereka secara khusus.
Setelah berbincang, pihak TV3 menyarankan agar penggambaran ini hanya bertumpu kepada kehidupan seharian Pak Zainal dan kejayaan Pak Zainal menaikkan Taman Lokan terutama sekali dari segi pembinaan blog.
Mereka juga ingin menemuramah org yang memberi galakan dan perangsang kepada Pak Zainal sehingga Pak Zainal berjaya ke tahap ini. Pak Zainal memberikan nama Doktor Taufik yang bertugas di Institut Penyelidikan Perikanan di Pulau Pinang.
Pak Zainal amat berterima kasih kepada Doktor Taufik kerana walaupun sedang sibuk menguruskan program MAHA, beliau sanggup meluangkan masa dan datang memberi sokongan kepada Pak Zainal.
Pak Zainal juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PD Travel and Tours terutamanya Dato' Yaacob Bin Hj. Hussin kerana sudi memberi kerjasama dalam menyediakan sebuah bot sehinggalah selesai penggambaran. Terima kasih daun keladi.
Ini kerana pihak Pd Travel and Tours juga bertanggungjawab menaikkan Taman Lokan dengan memberikan kami sedikit ruang dalam pakej perlancongan mereka sehingga pelancong luar negara telah datang ke Taman Lokan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Menu di petang sabtu
Sementara menunggu ecocruise ahad lepas, kami sempat masak mee magi dengan lokan. Ditambah pula dengan hirisan limau. Kemudian minum air ni...
-
Udang ini selalu berpecah semasa musim banjir / keruh…. Ia akan berkumpul apabila kemasinan air tinggi – air mati 5 ke 8 haribula...
-
Pak Zainal terserempak dengan ular ini semasa sedang menjala... apa lagi... Pak Zainal tangkap gambar ular ini... menambahkan lagi koleksi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan