Pada pukul 9.30 malam tadi Kisah Pak Zainal keluar Majalah 3.
Tak larat menjawab panggilan dan menjawab sms. Terima kasih kerana bagi sokongan. Terutama sekali rakan-rakan yang sudi menjadi follower blog ini....
Saya masih lagi baru dengan pembinaan blog ini. Masih banyak kekurangan. Terima kasih kepada Inspirasi Ahmad Zaki kerana memberi cadangan ruangan komen. Saya akan cuba usahakan.
Pak Zainal mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak TV3 kerana telah berjaya dalam pembinaan kisah Nelayan blogger ini. Tidak sangka sambutan begitu menggalakkan. Blog pun makin ramai pengunjung.
Pak Zainal pergi mengikut rombongan pengantin di Muar pagi tadi. Pak Zainal sempat melawat pameran 1 Daerah 1 Industri 2010 di MITC. Cucu-cucu Pak Zainal seronok melihat kepelbagaian industri oleh semua negeri di Malaysia ini.
Pak Zainal berdoa agar ada pengusaha makanan yang dapat mengetengahkan lokan sebagai pemakanan negara.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Menu di petang sabtu
Sementara menunggu ecocruise ahad lepas, kami sempat masak mee magi dengan lokan. Ditambah pula dengan hirisan limau. Kemudian minum air ni...
-
Udang ini selalu berpecah semasa musim banjir / keruh…. Ia akan berkumpul apabila kemasinan air tinggi – air mati 5 ke 8 haribula...
-
Pak Zainal terserempak dengan ular ini semasa sedang menjala... apa lagi... Pak Zainal tangkap gambar ular ini... menambahkan lagi koleksi...
5 ulasan:
tahniah
hati-hati buat kerja ..
sentiasa mendoakan keselamatan Pak Zainal ..
Tahniah Pak Zainal, dan anakanda yang menjadi admin blog ini. Saya mengikuti segemen berkenaan di Majalah 3 dan kagum dengan keakraban tuan dengan alam....khususnya sungai.
Semoga majalah 3 siarkan lebih banyak cerita-cerita menarik seperti ini pada masa depan.
paparan cerita pak zainal menyedarkan kita tentang kasih bapa pada keluarga..sejuk mata memandang
Catat Ulasan