Berjaya juga Pak Zainal menjalankan projek membersihkan kolam ikan dan membuat kolam kecil.
Beberapa minggu ini, cucu-cucu Pak Zainal asyik menangguk ikan untuk akuarium rumah mereka. Mereka dapati ikan-ikan ( sepat, talapia, sembilang dan udang umpan ) di dalam kolam ikan di hadapan rumah Pak Zainal telah menampakkan hasil. Bayangkan, sekali tangguk ada aje anak ikan / udang yang mereka dapat.
Oleh itu, Pak Zainal dan cucu-cucu telah menjalankan projek membersihkan kolam. Tetapi, budak tetap berperangai budak. Mereka suka menolong "mandi kolam". Pak Zainal rasa ikan-ikan boleh diserang sakit jantung melihat cucu-cucu Pak Zainal bermain air di kolam mereka.
Bermacam idea yang mereka lakukan untuk masuk ke kolam. Itulah anak-anak zaman sekarang. Mereka tidak takut walaupun mereka nampak ikan bawal besar yang ada di dalam kolam tersebut. Alhamdulillah, mereka mendengar nasihat ibu mereka "boleh mandi asalkan Atuk / Pak Usu ada sahaja".
Isnin, 21 Februari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Menu di petang sabtu
Sementara menunggu ecocruise ahad lepas, kami sempat masak mee magi dengan lokan. Ditambah pula dengan hirisan limau. Kemudian minum air ni...
-
Udang ini selalu berpecah semasa musim banjir / keruh…. Ia akan berkumpul apabila kemasinan air tinggi – air mati 5 ke 8 haribula...
-
khasiat ketam nipah yang ramai orang tidak ketahui.... Ketam rendah kalori (hanya mengandungi sekitar 85 hingga 90 setiap 100g kalori (be...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan