BLOG PAK ZAINAL TELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA MASALAH TEKNIKAL.
AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2012.
1) Lawatan Uitm Puncak Alam ke Taman Lokan yang disertai 70 orang peserta.
2) Lawatan Pengarah Pelancongan Korea Selatan dibawah Agensi PD Travel.
3) Pelancong dari Singapura.
4) Lawatan Pegawai-pegawai LKIM dari Kuala Lumpur.
5) Lawatan dari pelancong Australia.
6) Lawatan Media Bangladesh.
7) Lawatan dari pelancong tempatan.
8) Program daripada Belia Port Dickson serta peserta Sabah dan Sarawak.
** Pak Zainal memberi peluang kepada belia PD untuk menjadi rakan kongsi atau usahasama untuk menjalankan aktiviti pelancongan atau rekreasi serta kembara ke Sungai Rembau,Linggi.Belia diberi pendedahan tentang cara-cara melihat habitat-habitat yang terdapat di persekitaran Sungai Rembau,Linggi.Juga Belia berpeluang mencari dan merasa hasil-hasil tangkapan yang diperolehi.
Aktiviti Yang Akan Datang
** Belia berpeluang untuk memasak menggunakan bahan-bahan yang diperolehi dari hasil tangkan sendiri .Taman Lokan juga turut menyediakan tapak perkhemahan untuk para belia.
Jika terdapat sebarang pertanyaan , boleh menghubungi Pak Zainal di talian 017-6735229
Peluang ini terbuka kepada mana-mana badan dan agensi yang berminat termasuk sekolah-sekolah yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang aktiviti Taman Lokan.
Alhamdulillah. Impian Pak Zainal untuk memiliki sebuah bot akhirnya tercapai. Pak Zainal telah berkongsi dengan anak untuk membeli sebuah bot ( seperti di dalam gambar).
Pak Zainal mengalu-alukan kaki pancing yang berminat menyewa bot untuk memancing di sini. Harga boleh dirunding. Kapasiti ialah seramai sekurang - kurangnya 5 orang .
Proses menurunkan bot |
Mohd Azlan (berbaju hitam )- anak Pak Zainal dan sepupu- sepupunya |
"Lepas nie bolehlah pergi memancing selalu..." |
KUMPULAN KEMBARA PENCINTA ALAM
SUNGAI REMBAU LINGGI.
Seperti biasa,pelancong tempatan dari Selangor,Negeri Sembilan Melaka dan lain-lain tempat dapat menikmati pemandangan yang menarik yang terdapat di persekitaran Sungai Rembau ini.Peserta dapat melihat keunikan Taman Lokan juga dapat pengalaman mencari sendiri lokan yang terdapat dalam Taman Lokan serta diberi peluang merasa lokan dan udang bakar serta buah nipah.
Dalam Taman Lokan juga Pak Zainal ada memelihara siput sedut di dalam sangkar dan secara bebas.Kumpulan Kembara dapat melihat hidupan air seperti buaya dan cara-cara para nelayan menangkap ikan.Pada sebelah senja peserta melihat kumpulan burung bangau.Pada sebelah malam pula,peserta akan melihat sekumpulan kelip-kelip.
Semua peserta amat berpuas hati sepanjang terlibat dengan aktiviti kembara tersebut.
0 comments:
Catat Ulasan