Telefon : 017-6735229

Selasa, 11 Oktober 2011

Program Sekolah


 
Pada 6 haribulan Oktober ( selasa) yang lepas, seramai 50 orang murid tahun 6, dan 9 orang guru pengiring (termasuk guru besar ) Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar telah datang ke Taman Lokan.
 
 Cikgu Asmaniza dan cikgu Kushairi sedang menunjukkan skil menebas dahan sawit yang menghalang laluan kenderaan. Syabas diucapkan.
hayun punya hayun.. sampai tercabut hulu parang..  tabiklah..

Ini betul - betul kembara - pengalaman sekali seumur hidup.  Aircond original. Tiada lelongan dalam lelong.com



Bilalah nak masuk dalam kolam ni? Dah tak sabar ni.

Lawatan sambil belajar ini amat bermakna bagi murid –murid. Ini merupakan antara pengisian selepas UPSR. Pengalaman ini amat penting bagi mereka mengenali sungai dan habitat semulajadinya. Pak Zainal bangga apabila ada di antara murid  yang berani mencuba mencari lokan dan ada juga anak nelayan yang berpeluang menunjukkan kepada rakan – rakan yang lain kemahiran mencari lokan yang dipelajari daripada ayah mereka yang merupakan nelayan.


Rajin nampak. Ini betul - betul bersemangat.


Puan Guru Besar dan anak - anak didiknya tekun mendengar sejarah Taman Lokan
Chef Azizul sedang memikir menu

Selain mencari lokan dan makan nipah, murid – murid berpeluang merasa masakan sungai.  Pak Zainal dapat merasakan kerjasama mantap guru – guru yang banyak menyediakan peralatan yang secukupnya bagi lawatan ini. Mereka membawa peralatan memasak dan seorang chef - cikgu Azizul. Udang dan lokan digoreng serta ikan bakar  menjadi rebutan semua.

0 comments: