Cuba anda zoom pada benda panjang yang berwarna hitam. |
Seperti biasa pak zainal tidak akan melepaskan peluang untuk merakam aksi buaya - Sang Bedal. Sang Bedal ini sedang berehat di tepi sungai di lokasi pendaratan burung bangau. Pak Zainal anggarkan saiz buaya itu sebesar 2 helai tikar sejadah dan panjangnya hampir 18 ke 20 kaki. Buaya hitam ini memang selalu dapat dilihat pelancong tetapi ketika ia berada di dalam air- mungkin kerana bunyi enjin yang bising membuatkan buaya ini tidak mahu ke darat. Ini adalah kali pertama Pak Zainal dapat melihat badan Sang Bedal ini secara keseluruhannya namun begitu, Pak Zainal tidak berani mengambil gambar ini secara lebih dekat lagi.
0 comments:
Catat Ulasan