Pada 15/3/2013 Pak Cik Zainal,berasa bertuah kerana telah dikunjungi oleh ketua-ketua jabatan termasuk Datuk SUK ke Taman Lokan dengan menaiki bot.Dan sempat juga mereka melihat sendiri lokan yang Pak Cik Zainal usahakan di dalam kolam walaupun dalam masa yang singkat.Mereka berpuas hati dengan usaha yang Pak Cik Zainal jalankan.Pak Cik Zainal bersyukur mudah-mudahan dengan lawatan itu memberi inspirasi dan semangat untuk terus maju meneruskan usaha yang dijalankannya.
Pada 21/1/2013 . Pak Cik Zainal telah dapat satu pakej lawatan dari PD Travel Agency diketuai oleh Encik Rood membawa peserta terdiri dari TV9,Harian Metro,Bernama,Pengarah Tourism Negeri Sembilan bersama dengan anggotanya.Setibanya mereka tiba di Kampung Paya Lebar pada pukul 6 petang,mereka semua dibawa menaiki sampan ke Kota Simpang melihat burung bangau,kelip-kelip dan disamping itu mereka dapat melihat buaya dan Taman Lokan.Sekembalinya peserta lawatan telah dibawa menjamu selera di Restoran Hazilin berhampiran Balairaya Kampung Paya Lebar.Mereka dijamu dengan masakan hasil nelayan sungai seperti udang galah,lala ataupun barai,lokan dan banyak lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Menu di petang sabtu
Sementara menunggu ecocruise ahad lepas, kami sempat masak mee magi dengan lokan. Ditambah pula dengan hirisan limau. Kemudian minum air ni...
-
Udang ini selalu berpecah semasa musim banjir / keruh…. Ia akan berkumpul apabila kemasinan air tinggi – air mati 5 ke 8 haribula...
-
Pak Zainal terserempak dengan ular ini semasa sedang menjala... apa lagi... Pak Zainal tangkap gambar ular ini... menambahkan lagi koleksi...








Tiada ulasan:
Catat Ulasan