Telefon : 017-6735229

Isnin, 29 Disember 2014

Penambahbaikan Taman Lokan

Pak Zainal masih di dalam proses menceriakan lagi Taman Lokan setelah selesai kerja - kerja menaik taraf Taman Lokan bulan lepas. Alhamdulillah Pak Zainal mendapat pembiayaan dari Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Majlis Daerah Alor Gajah setelah kertas kerja yang dimajukan oleh anak Pak Zainal. Setelah 5 tahun Pak Zainal dan keluarga mengeluarkan duit sendiri bagi memajukan hobi Pak Zainal dan Taman Lokan khususnya. Pak Zainal telah memperolehi...

Banjir 2014

Di sini, Pak Zainal dan keluarga ingin menzahirkan simpati kepada mangsa - mangsa banjir yang sedang melanda. Semoga semua tabah dan sabar menghadapi dugaan. Sesungguhnya bak pepatah lama " Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".  Kepada semua, bantulah mereka selagi kita mampu....

LAWATAN PENUTUP TIRAI 2014

Seramai lebih kurang 20 orang tetamu daripada anggota keluarga jabatan kerajaan Alor Gajah dan Melaka telah datang ke Taman Lokan pada Sabtu (26.12.2014)  yang lepas. Pak Zainal berbangga kerana imam muda wakil negeri Melaka sudi datang melawat ke Taman Lokan bersama keluarganya. Walaupun ketika itu, air pasang dalam, Pak Zainal dapat juga menunjukkan lokan yang ada di dalam kolam ternakan lokan di situ. Mereka juga dapat melihat...

Rabu, 19 November 2014

JEJAK USAHAWAN (Program akhir Tahun Pak Zainal Bulan 10-12)

BULAN 10 Bercuti bersama keluarga di AFamosa. Lawatan Pengerusi Pertubuhan Ladang Negeri Melaka, Dato Abu Pit dan ketua-ketua Peladang Masjid Tanah ke Taman Lokan serta pelepasan benih udang di Taman Lokan. BULAN 11 (26/11-30/11)- Program Anak Angkat, Sekolah Pondok, Negeri Selangor di Kampung Paya Lebar. Dijangka BULAN 12 (15/12-18/12)- Pelajar dari Universiti Malaya seramai 60 ke atas membuat...

Ahad, 28 September 2014

Kursus Bubu Udang Galah Dan Ikan

                         Kursus ini telah diadakan pada 22 hingga 24 Septembar 2014 di Balai Raya Lubuk China, Melaka. Ia merupakan anjuran Jabatan Perikanan Negeri Melaka.  Jurulatihnya merupakan wakil  Jabatan Perikanan Terengganu dan seramai 16 hingga 20 peserta yang terdiri daripada nelayan kawasan Lubuk China,...

Selasa, 16 September 2014

JEJAK USAHAWAN (Taman Lokan Berwajah Baru)

Baru-baru ini, Pegawai Daerah Alor Gajah memberitahu beliau yang peruntukan yang dipohon telah diluluskan dan hanya menunggu masa untuk projek dijalankan di Taman Lokan. Alhamdulillah Pak Zainal telah mendapat peruntukan daripada Parlimen Masjid Tanah untuk tambahan projek prasarana di Taman Lokan berbentuk tandas awam, dorm, tempat pembakar untuk lokan dan lain-lain dalam anggaran RM20 ribu. Pak Zainal juga berusaha menceriakan Taman Lokan seperti...

Jumaat, 12 September 2014

Kembara Merdeka

Pak Zainal bukan sahaja mempunyai kepakaran dalam bidang ternakan lokan serta mempunyai Taman Lokan, beliau juga mempunyai idea yang kreatif seperti membuat replika bendera berasaskan kulit lokan di Sekolah Ramuan China Besar. Baru-baru ini, beliau bersama-sama kolej komuniti Masjid Tanah untuk sama-sama mengecat dan mengubah suai reptika bendera-bendera yang ada di kawasan luar sekolah kerana tiap-tiap tahun replika bendera tersebut akan diperhias...

Rabu, 27 Ogos 2014

Kursus Jurumudi Khas untuk Bot Pelancong

 Antara kenangan Pak Zainal dan rakan - rakan ketika menghadiri Kursus Persediaan Mualim < 500 GT ( Terhad ) daripada 16 Ogos hingga 19 Ogos di Hotel Emperor, Melaka. Kursus ini merupakan anjuran Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Pertubuhan Nelayan - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia. ...