Pada 21 January 2013, Pak Zainai bersama dengan ketua -ketua jabatan Galeri Kota Melaka , Jabatan Muzium Malaysia Zon Selatan Bahagian Promosi Pelancongan Rumah Media Melaka. Penolong Pegawai Daerah Alor Gajah Tok Penghulu Pengerusi JKK Paya Lebar serta Pak Cik Mohamad / Tamam Bin Jantan telah pergi membuat lawatan dan kajian ke Kota Simpang Sungai Linggi Melaka.
Untuk makluman semua, Kota Simpang ini adalah peninggalan sejarah dari Zaman Belanda datang ke Melaka pada zaman dahulu. Professor Madya Dato' Ismail Husin, pensyarah UKM telah menjadi pelopor kewujudan Kota Simpang ini sejak 2005. Namun demikian, ianya terhenti kerana peninggalan ini tidak ditemui dan kewangan Malaysia yang kurang stabil.. Pada akhir 2012, akibat daripada pembangunan di kawasan sekitar, peninggalan Kota Simpang mula ditemui.
Kesan-kesan peninggalan sejarah seperti tembok dan tiang bangunan masih ada di kawasan berkenaan dan dengan adanya lawatan dan kajian yang dibuat oleh kumpulan ini mudah-mudahan Kota Simpang ini akan dapat dijadikan untuk bahan sejarah serta menjadikan tarikan pelancong dalam dan luar negara. Disamping para - pelancong dapat menikmati keindahan di persekittaran sungai Rembau dan Linggi.
0 comments:
Catat Ulasan