Pada 28 Februari yang lepas,Taman Lokan dikunjungi lagi oleh pelajar-pelajar dari Kolej Universiti Islam Melaka(KUIM) seramai 50 orang untuk menikmati keindahan Taman Lokan.Ianya bermula dari pengkalan Paya Lebar Hilir hinggalah ke Taman Lokan.
 |
pelajar-pelajar di taman lokan | | | | |
|
|
|
|
Antara aktiviti mereka ialah mengambil gambar di sekitar sungai ketika perjalanan mereka ke Taman Lokan.Sampai sahaja,pelajar-pelajar ini kemudiannya merasai mengambil Lokan sendiri di sungai.Sementelah itu mereka diberikan kumpulan-kumpulan untuk aktiviti memasak.Dalam masa yang sama,Pak Zainal mengalunkan seruling dan membuat pelajar ini teruja untuk mendengarnya.
 |
aktiviti memasak
|
|
Sebagai penutup,Ahli Parlimen Masjid Tanah,YB Mas Ermieyati turut hadir di balairaya untuk memberi sepatah dua kata.Semoga sepanjang ekspedisi ke Taman Lokan ini menjadi kenangan manis buat mereka.
 |
Ahli Parlimen Masjid Tanah(bertudung pink) |
1 comments:
Alhamdulillah terima kasih diucapkan kepada semua terlibat. Terima kasih Pc Zainal :)!! Hashtag Lokan is the best
Catat Ulasan