Ahad, 19 Januari 2014

Bercuti di KL

Pak Zainal ingin berkongsi pengalaman percutian Pak Zainal pada 6 – 9 Disember yang lepas. Sebelum ini, Pak Zainal dan isteri, anak-anak dan cucu – cucu Pak Zainal bercuti bersama. Namun, pada tahun ini, atas kekangan kerja dan kesihatan, isteri, anak kedua Pak Zainal, anak bungsu dan keluarganya tidak dapat bersama-sama kami.
 








Terlalu banyak tempat di Kuala Lumpur yang ingin cucu – cucu Pak Zainal lawati. Internet banyak membantu kami kali ini. Setelah membandingkan perbelanjaan, dan pengangkutan beberapa tempat, kami mengambil keputusan untuk ke Kidszania dan Berjaya Times Square sahaja.
Aspek penginapan memang berisiko. Ini kerana, penempahan hotel memerlukan kami memberikan nombor kad kredit. Penempahan dibuat setelah saya meminta pendapat rakan – rakan yang pernah menempah hotel secara online. Hotel One Stop Residence and Office menjadi pilihan kerana mempunyai kolam renang. Ia juga berdekatan dengan stesen LRT Chan Sow Lin. 
Kami menaiki bas daripada Melaka Sentral menuju ke Puduraya. Cucu-cucu Pak Zainal yang baru belajar menggunakan video call di facebook memang berasa seronok kerana bas tersebut mempunyai kemudahan wifi.
Hari pertama kami habiskan masa di kolam renang dan di Berjaya Times Square. Cucu-cucu Pak Zainal berebut-rebut membaca rajah pengangkutan awam yang diberikan oleh pihak hotel. Satu peringatan kepada semua, pilihlah pengangkutan yang sesuai dengan bajet anda. Kemudahan seperti google maps penting semasa merancang perjalanan. Itupun kami tersilap beberapa kali kerana tersilap perhentian yang sepatutnya.*Puduraya sepatutnya di perhentian Bandaraya dan bukannya di perhentian Pudu.
Pada anda yang ingin melihat video cucu Pak Zainal menjadi rodeo, silalah tonton video di youtube ini. 


Isnin, 23 September 2013

Pakej Pelancongan

Untuk pengetahuan para pelancong yang ingin menyertai lawatan menyusur sungai dan memancing udang galah / ikan sungai.
1. Sewaan bot mengikut keperluan masing-masing. Harga boleh dirunding. Sila hubungi nombor telefon 017-6735229 (Pakcik Zainal).
2. Program yang kami sediakan:-
a. Melihat keindahan flora dan fauna di Kota Simpang.
b. Menyediakan pakej makanan berasaskan hasil tangkapan nelayan sungai seperti udang galah, udang putih, lokan, siput sedut, barai, ikan-ikan dan lain-lain. Harga mengikut kuantiti.
c. Kami menyediakan pakej kumpulan.
d. Sekiranya ingin menikmati makanan daripada hasil sungai boleh juga membuat tempahan. Harga boleh dipertimbang.
e. Kami juga menyediakan kemudahan inap desa di Kampung Paya Lebar. Untuk makluman, penginapan yang kami sediakan boleh menampung 10 hingga 15 orang pelancong.

Kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran para pengunjung yang berminat untuk menyertai program yang kami sediakan.  

Lawatan Ke Kota Simpang Bersama Yang Berhormat Dan Para Wartawan

    Kami ditugaskan membantu Pakcik Zainal mempromosikan kegiatan yang sedang berjalan sepanjang Julai ke September 2013. Antaranya, lawatan rombongan pemantauan produk pelancongan yang terdapat di sekitar sungai Rembau-Linggi serta melawat Kota Simpang yang akan diperkenalkan kepada umum. 

Peserta rombongan yang terbabit terdiri dari:-
  1. Yang Berhormat Datuk Haji Ghazale Bin Mohamad [Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau Melaka].
  2. Yang Berhormat Puan Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin [Ahli Parlimen Masjid Tanah].
  3. Yang Berhormat Haji Amirudin Bin Yusof [ADUN Ayer Limau].
  4. Yang Bahagia Datuk Roslan Bin Ibrahim [Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)].
  5. Yang Bahagia Encik Abu Bakar Bin Abdul [Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah].
  6.  Yang Bahagia Datuk Haji Khamis Bin Abas [Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka].
  7. Yang Bahagia Datuk Lim Chow Beng [Pengarah Jabatan Pelancongan Malaysia Melaka].
  8. Yang Bahagia Encik Jeffri Bin Munir [Pengarah Jabatan Penggalakkan Pelancongan Melaka].
  9. Yang Bahagia Encik Gapar Bin Asan [Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Melaka].
  10. Yang Bahagia Encik Mohammad Khairi Bin Ahmad [Pengarah Jabatan Perhilitan Melaka].
  11. Yang Bahagia Encik Yaaman Yusoff [Pengerusi JKKK Paya Lebar].
  12. Yang Bahagia Encik Zainal Bin Haji Md. Ali [Pengusaha Program Pelancongan Eco Paya Lebar].
  13. Wakil-wakil Media:-
a. Melaka Hari Ini.
b. RTM.
c. Bernama.
d. Utusan Malaysia.
e. Sinar Harian.
f. Harian Metro.
g. Berita Harian.
h. New Straits Times.
i. The Star.
j. Sin Chew Jit Poh.
k. Nanyang Siang Pao.
l. The China Press.
m. Guang Min Daily.
n. Oriental Daily.
o. Malaysia Nanban.

   Program lawatan ke Kota Simpang dan melihat keindahan persekitaran sungai serta mencari sumber-sumber yang terdapat di persekitaran sungai untuk dijadikan eko-pelancongan. Rata-rata yang hadir mengikut rombongan pada hari tersebut berpuas hati termasuk Timbalan Exco Pelancongan, Yang Berhormat Ahli Parlimen serta Yang Berhormat Adun Ayer Limau dan juga para wartawan.

  Kesimpulan daripada lawatan berkenaan, kesemua peserta berpuas hati. Sememangnya kawasan di persekitaran sungai Rembau-Linggi serta Kota Simpang, juga flora dan fauna amat menarik apabila dilihat di depan mata. Rata-rata peserta berpendapat program pelancongan dan juga Kota Simpang perlu dimaju / disegerakan.

Sabtu, 29 Jun 2013

Keratan akhbar untuk bulan Mei dan Jun 2013

Sepanjang bulan Mei dan Jun 2013, Pak Zainal telah membuat beberapa program iaitu:-
  1. Pada 7 Jun 2013, keluaran akhbar Melaka Hari Ini bersama dengan ahli Parlimen Masjid Tanah mempromosikan produk pelancongan baru mengenai Kota Simpang. Turut serta beberapa wartawan dari Berita Harian, Sinar Harian, Utusan Malaysia. Harian Metro, TV Melaka dan Melaka Hari Ini: serta pegawai Warisan Pusat dan beberapa orang nelayan tempatan.
  2. Pada 9 Jun 2013, keluaran akhbar Melaka Hari Ini mengenai keunikan udang galah dan lokan di persekitaran Kota Simpang.
  3. Pada 15 Jun 2013, keluaran akhbar Harian Metro mengenai lubuk udang di persekitaran Kota Simpang.
  4. Pada 21 Jun 2013, program pelepasan umum anak udang galah di jeti nelayan Paya Lebar dirasmikan oleh YB Parlimen Masjid Tanah, YB Dun Ayer Limau, pengarah Jabatan Perikanan Negeri Melaka berserta dengan pegawai-pegawainya dan para nelayan. Di samping itu Pak Zainal dapat juga mempamerkan hasil tangkapannya. Program berjalan dengan lancar.    
  5. Buat masa ini, persekitaran bangunan bersejarah Kota Simpang telah bersih dan nampak keunikannya apabila dibersihkan oleh Pak Zainal bersama dengan Jabatan Warisan Melaka dan Pusat. Jabatan Warisan akan cuba mencari gali sekiranya ada barang-barang peninggalan sejarah untuk dijadikan barang bukti. Pak Zainal harap bagi pihak Jabatan Warisan dan Muzium dapat menyegerakan program memajukan kawasan Kota Simpang dengan secepat mungkin kerana ia berpotensi untuk tarikan para pelancong dari luar dan dalam negeri: serta para pengkaji sejarah dari dalam dan luar negara. Pak Zainal juga memberi ruang atau berkerjasama degan para pelajar dari institut pengajian tinggi sekiranya ingin menjadikan Kota Simpang ini sebagai bahan rujukan. Sila hubungi 017-6735229 ataupun 014-2382598 dan boleh menghubungi Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Masjid Tanah. 
  



Rabu, 29 Mei 2013

Blog Lokan Melaka yang terkini.

  Pada 30 Mei 2013 bermakna Pak Zainal tak menyangka sudah 43 tahun berkecimpung di dalam tentera dan sebagai orang awam kerana pada 30 Mei 1970 Pak Zainal mula masuk tentera. alhamdulillah, sekarang ini Pak Zainal berada dalam keadaan sihat sejahtera. Kini Pak Zainal telah menjadi nelayan sepenuh masa.
  Untuk maklumat blog Pak Zainal ini telah diambil alih oleh Harunsultoni kerana anak Pak Zainal, Cikgu Azlina telah menyambung pelajaran untuk Ijazah Perguruan. Sebab itulah blog Pak Zainal sudah lama tak aktif. Untuk alamat Harunsultoni Blogger boleh didapati dalam Rakan Blogger Pak Zainal. Diharap pengunjung-pengunjung blog akan dapat menikmati kedua-dua blog berkenaan. Pengunjung-pengunjung akan dapat cerita terbaru mengenai sejarah Kota Simpang sehingga Kota Simpang dapat dirasmikan sepenuhnya. Buat masa ini, Pak Zainal sedang giat untuk membuat pembersihan kawasan Kota Simpang supaya pengunjung-pengunjung dapat menikmati suasana yang selesa. Pak Zainal telah diberi tanggungjawab oleh pihak Jabatan Warisan Pusat serta pihak Perbadanan Muzium Melaka. Buat masa ini, kawasan persekitaran Kota Simpang jauh lebih baik daripada sebelumnya. Sama-samalah kita menunggu agar Kota Simpang ini dapat dibuka untuk orang ramai yang berminat tentang sejarah dan agro pelancongan.

  Ini adalah saya Harunsultoni Bin Saipul Jannah telah membantu mengaktifkan semula blog Pak Zainal. Selamat mengunjungi blog Lokan Melaka. Anda pasti akan mendapat cerita yang lebih menarik. Semoga pengunjung-pengunjung berpuas hati.

Jumaat, 15 Mac 2013

LAWATAN KSU DAN AGENSI KERAJAAN NEGERI MELAKA DAN PERSEKUTUAN

Pada 15/3/2013  Pak Cik Zainal,berasa bertuah kerana telah dikunjungi oleh ketua-ketua jabatan termasuk Datuk SUK ke Taman Lokan dengan menaiki bot.Dan sempat juga mereka melihat sendiri lokan yang Pak Cik Zainal usahakan di dalam kolam walaupun dalam masa yang singkat.Mereka berpuas hati dengan usaha yang Pak Cik Zainal jalankan.Pak Cik Zainal bersyukur mudah-mudahan dengan lawatan itu memberi inspirasi dan semangat untuk terus maju meneruskan usaha yang dijalankannya.

Pada 21/1/2013 . Pak Cik Zainal telah dapat satu pakej lawatan dari PD Travel Agency diketuai oleh Encik Rood membawa peserta terdiri dari TV9,Harian Metro,Bernama,Pengarah Tourism Negeri Sembilan bersama dengan anggotanya.Setibanya mereka tiba di Kampung Paya Lebar pada pukul 6 petang,mereka semua dibawa menaiki sampan ke Kota Simpang melihat burung bangau,kelip-kelip dan disamping itu mereka dapat melihat buaya dan Taman Lokan.Sekembalinya peserta lawatan telah dibawa menjamu selera di Restoran Hazilin berhampiran Balairaya Kampung Paya Lebar.Mereka dijamu dengan masakan hasil nelayan sungai seperti udang galah,lala ataupun barai,lokan dan banyak lagi.








Rabu, 13 Mac 2013

Minum Petang

Pada 13/3/2013 : Kumpulan Pemuda Blogger Paya Lebar , membantu Pak Cik Jenal mendapatkan idea untuk cerita terbaru Agro Pelancongan Paya Lebar .

Menu di petang sabtu

 Sementara menunggu ecocruise ahad lepas, kami sempat masak mee magi dengan lokan. Ditambah pula dengan hirisan limau. Kemudian minum air ni...