Telefon : 017-6735229

Sabtu, 27 November 2010

23 November 2010 - Rendang Lokan dan Seruling

2 sessi penggambaran terakhir.

Oleh kerana terlalu asyik melayan perasaan dan ingin membuat yang terbaik pada hari ini, Pak Zainal dan anak tidak teringat untuk mengambil gambar bagi kenangan blog kami.
Cucu-cucu Pak Zainal pula secara tidak sengaja terjatuhkan kamera kami sehingga rosak. Benda telah berlaku lagipun mereka terlalu asyik dengan keramahan krew TV3 sehingga Azizan ( cucu Pak Zainal) menyatakan bahawa dia cemburu dengan kehandsoman abang-abang TV3.

Di sini Pak Zainal amat berterima kasih kepada semua yang membantu dibelakang tabir. Tanpa mereka semua ini tidak dapat dijalankan dengan jayanya.
Resepi masakan lokan boleh didapati dengan banyaknya

Sebenarnya, jika anda seorang yang berani mencuba, rasanya lokan boleh dimasak dengan pelbagai cara. Bagi cucu-cucu Pak Zainal, mereka sukakan masakan yang tidak berapa pedas. Masakan lokan yang selalu mereka makan ialah Lokan masak kicap, Lokan bakar, Lokan goreng kunyit, serunding dan paling penting sekali rendang lokan.
Cucu ke-3 Pak Zainal, Zahirah, tidak memilih makan. Tetapi abang dan kakaknya, Azizan dan Raudha lebih sukakan lokan yang dimasak sehingga kering. Ianya kurang berair.

Seruling
Pak Zainal dapat juga menunjukkan bakat di dalam meniup seruling. Selalunya lagu yang selalunya Pak Zainal tiupkan pada cucu-cucu ialah anaklah ayam. Tetapi entah kenapa pada hari ini ilham Pak Zainal tidak menjadi. Mungkinj kerana terlalu penat dan teruja dengan penggambaran.

0 comments: