Telefon : 017-6735229

Khamis, 3 Januari 2013

Pemuliharaan Tuntung


Selamat menyambut tahun 2013.
Semoga insan - insan yang mengalami kesusahan dan dugaan waktu ini diberikan kekuatan dan kesenangan untuk mengharunginya.

Telah berapa lama menyepi. Teknologi moden memang sukar dijangka. Modem anak Pak Zainal mempunyai masalah.
Pada   sep 2012 yang lalu, Pak Zainal dapat peluang bersama kumpulan pencinta alam, WWF iaitu En Richad untuk program menyelamat hidupan spesis tuntung sungai.




Pak  Zainal telah bekerjasama dengan nelayan - nelayan untuk membantu En. Richard mencari kewujudan tuntung sungai. Mengikut pengalaman Pak Zainal, rasanya,  hampir 200 ekor tuntung jantan dan  bertina berbagai saiz terdapat dalam sungai rembau – linggi hinggalah ke Sungai Ramuan China. Termasuklah tuntung yang datang ke Taman Lokan.


 
En Richard juga berpeluang melihat spesis ular yg berada di sekitar sungai. Diharapkan dengan adanya kerjasama ini akan membantu meningkatkan kewujudan tuntung dan hidupan lain hendaknya.




0 comments: