Telefon : 017-6735229

Sabtu, 10 Mei 2014

LAWATAN SUK NEGERI MELAKA ke KAMPONG PAYA LEBAR


          Pada 9 MEI 2014, rombongan SUK Negeri Melaka besama-sama dengan YB Ahli Parlimen Masjid Tanah,Pegawai Daerah Alor Gajah dan juga beberapa agensi Jabatan Kerajaan taemasuk Jabatan Pertahanan Awam dapat berpaluang merasa bagaimana cara-cara kehidupan nelayan.Pada sebelah malamnya, peserta rombongan dapat mengikuti nelayan-nelayan menjala dan menikam udang galah.Alhamdulillah, walaupun pada awalnya cuaca kurang baik ,dapat juga perserta rombongan menjalankan akttiviti yang dirancangkan.Mereka dapat melihat hasil usaha daripada nelayan-nelayan Kampong Paya Lebar.Pada malam itu mereka tidak kecewa dengan aktiviti yang dijalankan.

         Yang Berhormat Ahli Parlimen Masjid Tanah memilih untuk menaiki bot  dengan  Pak Zainal  yang dipandu oleh Abang Uda dan dibantu oleh abang kembar mendapat hasil yang lumayan Pak Zainal gembira kerana semua yang terlibat tidak pulang dengan tangan yang kosong.Pada 10 MEI 2014 jam 9:00 pagi,rombongan daipada Pegawai Daerah Alor Gajah berserta kakitangan dan juga keluarga pergi ke Taman Lokan yng Pak Zainal usahakan. Perserta dapat menikmati lokan,udang,tiram yang dibakar oleh Pak Zainal.Selepas itu,perserta pergi melawat tempat peninggalan sejarah diKota Simpang.Peserta balik ke pengkalan untuk menikmati jamuan makan tengah hari.Menunya berasaskan hasil tangkapan nelayan.

        Hasil lawatan yang dijalankan banyak mendapat  idea yang baru untuk diketengahkan contohnya  membuat cenderahati berasaskan kulit lokan tambahan pula,menonton berita kejayaan sekumpulan pelajar IPTA Malaysia menerima anugerah antarabangsa menghasilkan bahan daripada kulit kerang penapis air.Pak Zainal yakin kulit lokan juga boleh digunakan untuk tujuan yang sama.





       

0 comments: