Pada hari
Rabu, 28 Mei 2014, Taman Lokan Pak Zainal menerima kunjungan dari Puan Lim Swee
Kiang bersama pihak dari Tourism Melaka. Selain itu juga, terdapat satu sesi
rakaman oleh RTM telah dilakukan dan akan disiarkan dalam rancangan XPRESI
KEMBARA yang
akan ke udara pada setiap hari sabtu, 12.00 tengah hari di TV1. Rancangan
tersebut merupakan rancangan travel muzik di TV1, menampilkan indie band
tempatan sebagai hos di sekitar tempat tempat menarik seluruh negara. Pada episode
kali ini mereka membawa kumpulan Grey Sky Morning ke sekitar Melaka termasuk ke
Taman Lokan Pak Zainal serta melawat ke Kota Simpang. Sekali lagi Taman Lokan Pak Zainal diberi peluang oleh pihak RTM untuk menjadi lokasi pengambaran justeru dapat menarik lagi pelancong untuk datang ke Taman Lokan Pak Zainal.
Krew dari XPRESI KEMBARA bersama artis jemputan tiba ke Taman Lokan |
Pihak dari Tourism Melaka tiba menaiki bot yang telah disediakan oleh nelayan dikampung Paya Lebar |
Pak Zainal membelah buah nipah |
Artis jemputan merasa sendiri pengalaman mencari lokan sambil dibantu oleh Pak Zainal |
Di sebalik tabir pengambaran |
Aktiviti memanggang ikan, udang serta lokan |
Suasana sepanjang pengambaran |
Pak Zainal berbincang bersama pihak Tourism Melaka, Puan Lim Swee Kiang |
Bergambar bersama ahli kumpulan Grey Sky Morning |
Pihak dari Tourism Melaka |
Pengambaran di Kota Simpang |
Sepanjang pengambaran di Kota Simpang |
Pak Zainal menyediakan unggun api untuk menghalau nyamuk |
0 comments:
Catat Ulasan