Telefon : 017-6735229

Rabu, 15 Disember 2010

Norman Kru dan SDSI

SDSI banyak memberikan kenangan manis kepada Pak Zainal dan keluarga. Cucu-cucu Pak Zainal amat teruja dengan setiap booth pameran. Kami sekeluarga tidak terlayan dengan sikap ingin tahu dan keletah mereka. Mereka akan mencuba hampir setiap makanan dan minuman yang ada dan mereka akan leka melihat demo tarian, dan juga kraftangan yang ada. Aiskrim (nipah, mangga), biskut nenas, strawberi dan sate ikan adalah antara menu yang menjadi kesukaan mereka. SDSI membuatkan mereka tidak jadi balik ke kampung dan mereka menjadi pengunjung tetap SDSI. Ini...

Sabtu, 11 Disember 2010

Saksikan Nelayan Blogger (Za'im) dan Kembara Sukau (Nurul Syuhada),Majalah 3

Pada pukul 9.30 malam tadi Kisah Pak Zainal keluar Majalah 3. Tak larat menjawab panggilan dan menjawab sms. Terima kasih kerana bagi sokongan. Terutama sekali rakan-rakan yang sudi menjadi follower blog ini....Saya masih lagi baru dengan pembinaan blog ini. Masih banyak kekurangan. Terima kasih kepada Inspirasi Ahmad Zaki kerana memberi cadangan ruangan komen. Saya akan cuba usahakan.Pak Zainal mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak TV3 kerana telah berjaya dalam pembinaan kisah Nelayan blogger ini. Tidak sangka sambutan begitu menggalakkan....

Sabtu, 27 November 2010

Memori Bersama Rombongan ke Sarawak

Ketika sedang melihat album lama, Pak Zainal terjumpa gambar-gambar kenangan bersama dengan Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Negeri Melaka dan juga pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Negeri Melaka.Gambar ini diambil pada akhir Julai 2010 yang lalu. Kami mengikuti rombongan Lembaga Kemajuan Ikan Melaka ke Lembaga Kemajuan Ikan Sarawak dan persatuan nelayan negeri Sarawak. Banyak pengalaman telah dapat Pak Zainal pelajari. Pak Zainal...

23 November 2010 - Rendang Lokan dan Seruling

2 sessi penggambaran terakhir.Oleh kerana terlalu asyik melayan perasaan dan ingin membuat yang terbaik pada hari ini, Pak Zainal dan anak tidak teringat untuk mengambil gambar bagi kenangan blog kami.Cucu-cucu Pak Zainal pula secara tidak sengaja terjatuhkan kamera kami sehingga rosak. Benda telah berlaku lagipun mereka terlalu asyik dengan keramahan krew TV3 sehingga Azizan ( cucu Pak Zainal) menyatakan bahawa dia cemburu dengan kehandsoman abang-abang TV3.Di sini Pak Zainal amat berterima kasih kepada semua yang membantu dibelakang tabir. Tanpa...

Jumaat, 26 November 2010

23 November 2010 - Blog

Penggambaran pada hari ini berkisar kepada proses pembikinan blog dan rendang lokan serta hobi Pak Zainal. ( meniup seruling )Pembikinan BlogSaya seorang yang suka bekerja di belakang tabir dan bukan seorang yang fotogenik serta malu. Oleh itu saya memang rasa tertekan apabila Pak Zainal (abah) menyatakan pihak TV3 ingin menemuramah saya. Demi abah, terpaksa juga saya gagahi diri ini. Saya dan anak sulung saya, Raudha, di minta membuat lakonan semula kami sedang updatekan blog. Anak saya mengejek saya kerana takut dan malu. Tetapi, apabila krew...

22hb November 2010 (petang)

Pada sebelah petang, bot PD Travel and Tours tiba ke Taman Lokan. Pak Zainal, anak, dan cucu-cucu, wakil PD Travel and Tours serta krew TV3 sibuk membuat penggambaran :-1. Menjala Udang Galah Pak Zainal menunjukkan cara menjala udang galah menggunakan pancang dan umpan kelapa masam seperti yang telah ditulis di dalam blog sebelum ini.Pada masa ini nelayan kurang turun ke sungai kerana waktu air yang kurang sesuai untuk memancing dan menangkap...

22hb November 2010 (pagi dan malam)

Pada hari ini pihak TV3 telah dibawa ke Taman Lokan menggunakan jalan darat di Tebing Urut. Sampai di sana mereka menaiki sampan Abg Rahman Ahmad, seorang nelayan di sana. Penggambaran berkisar tentang kegiatan Pak Zainal di Taman Lokan.Pak Zainal bangga kerana pihak TV3 telah sampai ke Taman Lokan. Namun,. terasa segan kerana Taman Lokan masih banyak kekurangannya dari segi prasarana. Apa yang ada itulah sahaja yang mampu Pak Zainal sediakan ( laksanakan...

Malam 21hb November 2010

Pada malamnya pula, pihak TV3, Pengerusi JKKK dan juga penduduk kampung Paya Lebar berpeluang duduk semeja dan menikmati keenakan ikan bakar Uncle Din. ...

Khamis, 25 November 2010

21 November 2010

Apabila krew TV3 sampai,.. Pak Zainal menanyakan program mereka secara khusus.Setelah berbincang, pihak TV3 menyarankan agar penggambaran ini hanya bertumpu kepada kehidupan seharian Pak Zainal dan kejayaan Pak Zainal menaikkan Taman Lokan terutama sekali dari segi pembinaan blog.Mereka juga ingin menemuramah org yang memberi galakan dan perangsang kepada Pak Zainal sehingga Pak Zainal berjaya ke tahap ini. Pak Zainal memberikan nama Doktor Taufik yang bertugas di Institut Penyelidikan Perikanan di Pulau Pinang.Pak Zainal amat berterima kasih kepada...

20hb November 2010

Pada hari ini( 20hb November 2010) Pak Zainal mendapat lagi satu panggilan daripada pihak tv3 mengesahkan kehadiran mereka.Pak Zainal mencadangkan mereka supaya menginap di inap desa ( homestay) yang berada berdekatan dengan Taman Lokan.Mereka telah bersetuju dan telah membuat tempahan dengan pemilik inap desa tersebut. Secara keseluruhannya pihak TV3 berpuas hati dengan penginapan mereka sepanjang penggambaran dijalank...

Susah betul idea nak datang hari nie

Saya sebenarnya sudah seharian memikirkan bagaimana hendak saya paparkan cerita terbaru blog ini. Ianya terlalu panjang. dan semuanya penting.Sambil mencari idea dan dihiburkan dengan radio Negeri FM online terasa jejari ini menari-nari mengikut alunan muzik.Pak Zainal dan keluarga masih terpinga-pinga seolah-olah baru mengalami satu mimpi yang indah dan menakutkan di waktu yang sama. Saya rasa inilah yang terbaik untuk menggambarkan perasaan kami terutamanya saya ketika ini.Semuanya bermula pada 19hb yang lalu. Pak Zainal terkejut apabila mendapat...

Sabtu, 20 November 2010

Karnival Agro Institut Skill-Tech Melaka 2010

Ini adalah antara gambar yang sempat Pak Zainal ambil ketika Karnival Agro yang dianjurkan oleh Institut Skill-Tech dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam.Terdapat banyak gerai pameran bahan-bahan pertanian dan ternakan. Pak Zainal mendapat jemputan mempamerkan produk iaitu lokan.Sambutan amat menggalakkan. Ada pengunjung yang mencuba makan lokan mentah bersama dengan potongan...

Mengutip lokan untuk jualan

Ini gambar 3 orang sahabat yang datang ke Taman Lokan membantu Pak Zainal mengutip lokan untuk dijual.Fendi, Azhar dan Hanif. Mereka amat seronok kerana pada masa itu lokan yang dikumpul oleh Pak Zainal banyak dan mudah diamb...

Isnin, 1 November 2010

Terima Kasih Daun Keladi

Pak Zainal amat berterima kasih dan berbangga dengan kunjungan kali ke dua Dato' Yaacob Bin Dato' Arshad, CEO DYA Corporation Sdn. Bhd, pada 30 Oktober yang lepas.Pak Zainal dan pihak pengurusan Taman Lokan cuba untuk memberikan layanan yang sebaik mungkin.Rombongan mereka yang terdiri daripada golongan profesional, doktor, amat bertenaga dan bersemangat inginkan pengalaman dan pengetahuan. Tetapi apakan daya, kita cuma merancang. Hujan turun...