Telefon : 017-6735229

Khamis, 19 Mei 2011

Mengidam Lokan

Ahad , 1 Mei 2011, Pak Zainal menerima tetamu istimewa daripada Taman Cheras Selangor. Encik Khairil dan keluarga. Isterinya sedang menunggu hari untuk menimang cahaya mata yang kedua. Alhamdulillah dapat juga isterinya makan rendang lokan. Pak Zainal amat berbesar hati kerana dapat menyampaikan hajat isterinya. Semoga mereka sekeluarga sihat sejahtera. 

Rendang lokan ini dimasak oleh Pn. Tipah - Kedai Teh di Paya Lebar.

Gambar kenangan Pak Zainal bersama keluarga Encik Khairil.



Pak Zainal akan menambah lagi beberapa aktiviti terbaru Pak Zainal. Antaranya Cuti-cuti ke Cameron Highlands dan rakaman program TV di Taman Lokan. Harap sabar menunggu.

Berkunjung ke Taman Lokan


Balik sahaja dari Sarawak, Pak Zainal telah mendapat sekumpulan pelancong melalui PD Travel and Tours Negeri Sembilan. 




Beberapa hari kemudian, PD Travel and Tours membawa beberapa orang daripada agensi pelancongan Indonesia. Mereka meninjau Taman Lokan sebagai satu lokasi pelancongan. Pak zainal dibantu oleh Abg Din, Abg Mokhtar dan adik Azhar. Abg Mokhtar telah mencuba memperkenalkan masakan ala Sarawak :- bakar lokan di dalam buluh. 



Pelancong juga dapat melihat ketam nipah yang Pak Zainal tangkap.  Ketam ini agak bahaya kerana sepitnya masih bebas. Pak Zainal memberikan tips kepada tetamu untuk memegang ketam ini dengan cara yang selamat.
Jaga - jaga sepit ketam.

Saya tidak dapat bayangkan kalau tangan saya yang disepit.



Raudha - cucu Pak Zainal dengan versi baru lagu "Bawang Putih Bawang Merah"

Sungguh riang. "Dunia ini ana yang punya"




Rabu, 18 Mei 2011

Sarawak Dalam Kenangan

Setelah berminggu-minggu jejari ini berehat akhirnya dapat juga kita bertemu lagi di blog Pak Zainal. Pak Zainal mempunyai beberapa cerita yang ingin dikongsi dengan semua.

Pada 12 hingga 15 April yang lepas, Pak Zainal telah dapat peluang pergi mengikuti rombongan Persatuan Nelayan Melaka Barat ke Persatuan Nelayan Negeri Sarawak. Kami juga bersama-sama dengan Persatuan Nelayan Pelabuhan Kelang yang kebetulan menganjurkan lawatan sama tarikh dengan rombongan kami. 
 
Pada kali ini ianya berbeza sedikit kerana Sarawak mengalami demam pilihanraya. Lebih banyak tempat yang dapat kami lawati berbanding dengan lawatan pertama pada tahun lepas. Antaranya ialah di ternakan udang dan ikan dalam tangki di Persatuan Nelayan Telaga Air. Rombongan nelayan diraikan lagi oleh Persatuan Nelayan Seri Muara. 

Kami dapat menjamu selera bersama dengan penduduk kampung Kampung Kita, Kuching.  
Pak Zainal dan rombongan juga dapat merasa keenakan lokan yang dimasak dengan umbut kelapa.