Telefon : 017-6735229

Jumaat, 23 Oktober 2015

KUIM 18.10.2015

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Pak Zainal ingin berkongsi aktiviti pihak Kolej Universiti Islam Melaka ahad yang lepas.
Seramai 80 orang pelajar KUIM pelajar jurusan agama di bawah pengawasan Ustaz Shuhaimi Bin Abu Hassan telah menjalamkam aktiviti Lawatan sambil Belajar di sini.


Mereka menjalankan aktiviti ice breaking, pencarian lokan, pertandingan masakan, tazjirah oleh Ustaz Shuhaimi dan juga jungle trekking.
Pelajar menaiki bot dari Jeti Pengkalan Paya Lebar..



 Persediaan oleh Pak Zainal dan cucu, Azizan.


 Sambil menunggu ketibaan pelajar lain, kebetulan pasangan kembar Paya Lebar menangkap ular dan memberikan peluang pelajar KUIM memegang ular tersebut sebelum dilepaskan ke habitatnya semula.
 Ucapan wakil Pemuda Paya Lebar, Abang Fauzi, Pak Zainal, wakil YB  Siti Darma ( YB sempat hadir ke Paya Lebar sebelum ke majlis rasmi penerimaan pingat TYT), Ketua Kampung Paya Lebar, Encik Rosli dan wakil KUIM.
 Pelajar mencari lokan dibantu oleh Pak Zainal dan cucu, Zahirah, yang sememangnya suka  main air.
 Masakan lokan. Lokan jika dibuka dengan tidak betul akan menyebabkan luka.

 Ternyata semua peserta handal memasak sehingga sukar juri menentukan pemenang. Apapun, tahniah untuk semua.
Ustaz Shuhaimi sedang memberikan tazkirah beliau.
 Pelajar wanita keletihan. Jungle trekking dik.. Pak Zainal dan anak, Azlan, terpaksa membantu mereka kereana pada awalnya mereka tersilap jalan keluar,

Terima kasih kerana sudi ke Taman Lokan. Terima kasih juga kepada pihak Pemuda dan Ketua Kampung Paya Lebar kerana membantu.

Selasa, 13 Oktober 2015

Bahasa Perikanan




Pada 3.10.2015 yang lalu, Pak Zainal dan 4 orang rakan dari pesatuan nelayan Melaka Barat  telah menjadi tetamu DEWAN BAHASA Dan PUSTAKA (DBP)  sebagai pakar bahasa di dalam bidang perikanan untuk tujuan kembara bahasa  mereka.
Semoga pengetahuan kami di dalam bidang perikanan akan dapat membantu pihak DBP dan rakan - rakan lain mengenal lebih dekat lagi bahasa yang sering digunakan oleh nelayan sungai. Ilmu yang kami ada adalah hasil turun temurun dan juga ilmu rakan - rakan nelayan yang lain.
Sekiranya ada kemusykilan, kami akan cuba membantu.  

Program Bersama Timbalan Menteri Pelancongan, YB Datuk Hajah Mas Ermieyati Binti Hj. Samsudin



Pada 27.9.2015 Pak Zainal bertuah kerana mendapat kunjungan YB Datuk Hajah Mas Ermieyati Binti Hj. Samsudin, Ahli  Parlimen Masjid Tanah, merangkap Timbalan  Menteri  Pelancongan Malaysia. Beliau bersama - sama wakil pemberita dari BERNAMA telah membuat pengambaran di Taman Lokan. 
Beliau telah turun dan  mencuba mencari lokan yang Pak Zainal ternak di Taman Lokan. Sesungguhnya beliau sememangnya bersemangat sejak dahulu lagi di dalam membantu usahawan kecil seperti Pak Zainal ini. 
Terima kasih YB kerana membantu mempromosikan Taman Lokan ini.
Pak Zainal harap akan lebih ramai nelayan yang menyedari potensi lokan sebagai pemakanan negara selain daripada hasil sungai yang lain. InsyaAllah.


Isnin, 12 Oktober 2015

Kursus anjuran PERHEBAT



Pada 12h.9.2105 hingga 14.9.2105, Pak Zainal telah menghadiri kursus tatahias di Hotel Tropikal Inn,  JB. 
Di sana, Pak Zainal menimba pengalaman cara-cara menghias dan mengatur permis perniagaan seperti kedai runcit dan restoran. Tenaga pengajar kami ialah Professor Alang Ishak  Alang Ahmad, seorang pensyarah di UTM SKUDAI.

Di bawah ialah aktiviti kami melawat dan menemuramah pengusaha - pengusaha perniagaan makanan. Memang tidak ternilai ilmu yang telah kami perolehi di sana.

  
Pada 27.9.2015 hingga 1.10.2015 pula,  Pak Zainal berpeluang mengikuti kursus  Pengurusan Chalet dan Rumah Rehat di Hotel Bendahara, Bandar Hilir, Melaka. Ia merpakan program anjuran PPSEV ATM-TBP.
Penceramahnya ialah  Pn Irma Iriyahl daripada MARA. Kami telah berpeluang melawat Chalet Umang - Umang di Pengkalan Balak. Di sana, kami didedahkan dengan selok belok pengurusan homestay.
Pak Zainal berpeluang berjumpa dengan kenalan bekas askar yang telah berkecimpung di dalam bidang perniagaan. Sesungguhnya Pak Zainal bersyukur kerana PERHEBAT memberi peluang kepada Pak Zainal menimba ilmu dalam meningkatkan kemahiran di bidang pengurusan perniagaan ini. InsyaAllah, Pak Zainal tidak akan mempersia-siakan ilmu yang telah diperolehi.

Majlis Sambutan Aidilfitri YB Datuk Hajah Mas Ermieyati Binti Hj. Samsudin

Ini merupakan gambar Majlis Sambutan Aidilfitri yang diadakan oleh YB Datuk Hajah Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin.
Pak Zainal dapat menyediakan rendang udang galah dan rendang lokan. Pak Zainal berasa gembira dan berbangga apabila  Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron, dan isteri beserta tetamu jemputan yang lain merasa rendang tersebut.






Terdapat banyak gerai yang menyediakan juadah makanan, minuman dn kuih muih. Selain itu, terdapat juga permainan untuk kanak - kanak. Anak saudara Pak Zainal, Azian dan suaminya juga memberikan belon percuma kepada kanak - kanak yang datang. Jika para pembaca ingin menempah perkhidmatan belon mereka, kedai belon mereka terletak di deretan kedai di Taman Tasik Utama, MITC. Ianya sederet dengan balai polis MITC.

Sememangnya majlis ini amat meriah dan ianya dapat memberi peluang kepada Pak Zainal dan keluarga bertemu dan beramah mesra dengan rakan - rakan dan penduduk setempat. 

Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron
Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron
Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron
Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron

Apa Khabar Semua?

Lebih kurang 4 bulan blog ini menyepi, Pak Zainal masih lagi sibuk dengan aktiviti biasa di Taman Lokan. Antaranya ialah mengumpul bahan buangan seperti kayu yang hanyut untuk dijadikan tangga dan sebagainya.

Pokok tanaman Pak Zainal juga telah menampakkan perubahan.  Ada yang semakin subur namun ada juga yang telah menjadi makanan haiwan liar. Namun ianya tidak menjatuhkan semangat Pak Zainal untuk mencantikkan lagi kawasan Taman Lokan ini.

Macam biasa, Taman Lokan sering dikunjungi tetamu. Selaku tuan rumah, Pak Zainal cuba melayan tetamu dengan sebaik mungkin.

Perubahan cuaca dan juga jerebu yang sedang melanda negara sememangnya memberi kesan kepada Pak Zainal dan keluarga. Pak Zainal yakin keadaan yang sama juga dialami oleh pembaca. Batuk, selesema, sakit kepala, demam, ini semua adalah simptom biasa jerebu yang kita hadapi setiap tahun.
Malangnya, pada tahun ini, ia semakin teruk dan adalah lebih berpanjangan. Pak Zainal seperti juga para pembaca di luar sana, berdoa agar keadaan ini pulih dan individu yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dengan permasalahan ini semakin peka dengan kesan tindakan mereka.