Telefon : 017-6735229

Selasa, 29 April 2014

Resepi Masakan Lokan- Sekadar Berkongsi Resepi dari Pak Zainal

RENDANG LOKAN

BAHAN-BAHAN

30 biji lokan

3 cawan pati santan

segenggam kecil cili padi*
(ikut kepedasan yg di sukai)

6 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

1/2 cawan kerisik

2 batang serai*

1 inci lengkuas*

1 inci halia*

1 inci kunyit*

1helai daun kunyit*
(1/2 di kisar, 1/2 di hiris)

2 batang serai dititik

1 keping kecil asam keping

garam secukup rasa

CARA MEMASAK:-

Keluarkan isi lokan . Cuci dan toskan. Kisar semua bahan yang bertanda *. Masukkan kedalam kuali.
Masukkan juga santan , serai yang di titik, asam keping dan kerisik. Masak sambil di kacau sehingga pekat atau agak kering. Perasakan dengan garam. Kacau rata dan masukkan pula lokan. Apabila lokan telah di masukkan rendang akan kembali sedikit lembab kerana lokan akan mengeluarkan air. Masak sebentar dan masukkan daun kunyit yang di hiris.Gaul rata dan angkat.

# Lokan tidak boleh di masukkan awal atau di masak terlalu lama kerana ianya akan menjadikannya sedikit liat.


Khasiat Ketam Nipah...( Nak Rasa call Pak Zainal)

khasiat ketam nipah yang ramai orang tidak ketahui....
  1. Ketam rendah kalori (hanya mengandungi sekitar 85 hingga 90 setiap 100g kalori (bergantung kepada jenis ketam)
  2. Ketam di percayai boleh merawat denggi (
    Ketam nipah adalah ubat demam denggi yg sgt mujarab dan 100% mampu pulihkan denggi dlm masa 24 jam dgn izin ALLAH S.W.T...insyALLAH....)
  3. Ketam tidak mengandungi lemak yang merbahaya
  4. Ketam ada lemak tak tepu yang di anggap untuk jantung yang sihat
  5. Ketam juga merupakan sumber semula jadi omega 3 asid lemak seperti yang di ketahui omega 3 asid lemak dapat membantu meningkatkan daya ingatan, mengurangkan mendapat serangan jantung, mengurangkan risiko KANSER dan kemungkinan membantu meningkatkan kemurungan dan kebimbangan.
  6. Ketam adalah sumber vitamin A, C dan B termasuk B12 serta mineral seperti zink dan tembaga.
Ketam juga mempunyai beberapa kromium, yang dianggap sebagai mineral berguna jika anda mempunyai rintangan insulin, kerana ia boleh meningkatkan metabolisme gula darah.


selain itu ketam nipah juga boleh mengubati pelbagai penyakit :

  • demam chikukunya
  • demam denggi
  • penat 
  • lumpuh
  • patah tulang
  • buasir
  • barah 
  • luekimea 
  • kencing tikus 
  • H1N1
  • menambah tenaga
  • penyakit yang di bawa oleh nyamuk.

Jalur Gemilang Sentuhan Pak Zainal menggunakan Kulit Lokan

Jalur Gemilang dari Cangkerang Lokan adalah hasil sentuhan daripada Pak Zainal atau lebih popular dengan gelaran "Zainal Lokan". Kira-kira 400 cangkerang lokan telah digunakan untuk menyiapkan Jalur Gemilang. Warga SKRCB begitu kagum dengan kesungguhan dan usaha telah ditunjukkan oleh Zainal Lokan dalam menyermarakkan lagi Bulan Kemerdekaan 2014.

‘Pengawal pintu’ mati terdampar- Pak Zainal Saksi Kejadian

Alor Gajah: Bangkai seekor buaya tembaga dipercayai berusia hampir 100 tahun digelar ‘Pengawal Pintu Sempadan Sungai’ ditemui terdampar di tebing sungai Kuala Linggi di Kota Simpang, Lubok Cina, dekat sini, kelmarin.
Difahamkan, buaya tembaga dengan ukur lilit hampir tiga meter dan berat tiga tan itu digelar pengawal pintu sempadan Negeri Sembilan - Melaka berikutan sering menonjolkan diri setiap kali nelayan turun ke sungai untuk menjaring udang galah dan ikan.

Kejadian disedari seorang nelayan sungai Zainal Md Ali, 63, kira-kira jam 9.30 pagi ketika menjaring udang selepas terhidu bau busuk dari tebing sungai sebelum menemui bangkai buaya tembaga sepanjang tujuh meter.

Menurut Zainal, dia terpandang reptilia terbabit dipenuhi lumpur lalu mendekatinya sebelum menyedari ia tidak bergerak dan dipercayai mati tiga hari lalu dalam keadaan dihurung lalat selain tubuhnya dicarik biawak.

“Kepala buaya berkenaan menghala ke tebing sungai dan saya lihat seluruh badannya dipenuhi lumpur dipercayai tidak berupaya bergerak kerana sudah tua.

Pengalaman Menyusuri Sungai Rembau-Linggi di Taman Lokan

Di sini di kongsikan sedikit pengalaman staff dari Kolej Komuniti Masjid Tanah bersama-sama Pak Zainal beserta adik Uda menikmati keindahan dan keunikan persekitaran sungai rembau-linggi berhampiran dengan taman lokan. Mereka berpeluang mencuba nasib untuk mencari rezeki untuk dibawah pulang melalui aktiviti menjala dan memancing. Walaupun ketika itu, keadaan air tidak begitu sesuai, dengan kepakaran pak zainal, dapat la juga mereka membawa balik hasil untuk dijadikan juadah makan malam....Kepada mereka yang berminat untuk merasai pengalaman ini, boleh la menghubungi terus pak zainal ditalian 017-6735229 (harga boleh dirunding). Anda tidak akan pulang dengan tangan kosong...InsyaAllah...









                                         ketam masak kicap halia -resepi khas dari Chef Zamrie...tertelan air liur...

Rabu, 23 April 2014

Kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan Masjid Tanah dengan Taman Lokan

Pak Zainal berasa bertuah kerana banyak agensi kerajaan dan juga IPTA telah tampil untuk meembantu Pak Zainal memajukan Taman Lokan yang diusahakan. Mudah-mudahan impian Pak Zainal untuk menjadikan Taman Lokan betaraf Antarabangsa akan mendapat tempat di hati pengunjung yang akan datang melawat Melaka 2014. Ini kerana konsip Taman Lokan mempunyai ciri ciri yang tersendiri dan Unik. Pada bulan  MAC 2014 Pertubuhan Peladang kawasan Masjid Tanah serta Jabatan Perikanan telah mebantu untuk menambah benih lokan  dari peruntukkan Parliman Masjid Tanah sebanyak RM 3 ribu. Melalui bantuan yang di perolehi, diharap ia dapat menambahkan lagi bilangan lokan yang ada dalam taman Pak Zainal. Semasa pemyampaian benih dilakukan oleh Pak Zainal, Satu sesi rakaman video oleh RTM telah dilakukan dan akan disiarkan dalam rancangan Jalan-Jalan Santai yang akan ke udara pada bulan Jun 2014. Rancangan tersebut di Hos Kan oleh Shiro Maharaja lawak.

Semoga usaha murni ini akan menarik minat orang ramai tampil untuk membantu Pak Zainal untuk menambahkan khazanah alam.
     Shiro Maharajalawak- Seronok Betul dia mencampakkan benih lokan ke dalam Taman Lokan Pak
     Zainal

Sabtu, 19 April 2014

Hari Keluarga Universiti Kuala Lumpur Ke Taman Lokan Pak Zainal

Keluarga-keluarga dari Universiti Kuala Lumpur  berserta pensyarah telah datang ke Taman Lokan. Seperti biasa Pak Zainal telah menjamu peserta-peserta dengan lokan dan udang bakar.
Mereka  tertarik konsep Taman Lokan yang Pak Zainal usahakan dan berjanji akan datang lagi untuk membawa lebih ramai lagi  peserta.   

                                                                                 

Rabu, 16 April 2014

Program Bersama UKM Menanam Pokok Berembang

Pada 13 Apr 2041 Kooperasi Kampung Paya Lebar dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia telah membuat program  menanam pokok berembang di tebing sungai. Untuk makluman semua, pokok berembang merupakan kediaman kelip-kelip.
Pak Zainal sempat mempromosikan hidupan sungai seperti ketam udang, lokan dan barai. Azlinda, anak kedua Pak Zainal menunjukkan kepakarannya  memasak ketam dan udang bagi tetamu VIP. Antara tetemu VIP yang hadir ialah YB AR Ismail, Dun Kuala Linggi. Dato Latipah, Dun Melekek, YB Mas Ermieyati Binti Samsudin dan lain-lain lagi. 
Cucu Pak Zainal sempat mengambil video seekor ular air sedang memakan ikan. Sememangnya menjadi tarikan kepada kanak-kanak dan juga orang ramai yang tidak pernah melihat situasi tersebut. Pendedahan dan pengetahuan mengenai kelip - kelip oleh pihak universiti banyak memberikan info menarik kepada Pak Zainal dan penduduk kampung.










Khamis, 10 April 2014

KERJASAMA ANTARA TAMAN LOKAN DENGAN KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH.


     Pada 10 April 2014, Pak Zainal berasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan pengarah Kolej Komuniti Masjid Tanah, Tuan Haji Zupri Bin Yazid  . Ekoran daripada lawatan ke Pulau Langkawi atas tajaan DUN Ayer Limau dan Parlimen Masjid Tanah, idea dari program lawatan Pak Zainal dapat bertukar-tukar pendapat dengan pensyarah, Encik Nizam dan Puan Akma untuk menjadikan Kolej Komuniti sebagai rakan atau keluarga angkat untuk memajukan Taman Lokan yang beliau usahakan. Atas perbincangan Pak Zainal dan Tuan Haji Zupri Bin Yazid, dia bersetuju meninjau dan mengintai peluang yang ada dalam Taman Lokan; dan projek-projek yang Pak Zainal usahakan. Tuan pengarah akan membawa delegasi yang dihadiri oleh pakar-pakar dari bidang yang tertentu. Insya Allah, mudah-mudahan program ini akan berjalan dengan lancar. Semoga membuahkan hasil dengan cemerlang untuk masa depan kolej, Taman Lokan, DUN Ayer Limau, Parlimen Masjid Tanah dan Melaka amnya.