Telefon : 017-6735229

Jumaat, 30 Mei 2014

Taman Lokan Mendapat Perhatian

Pada hari Rabu, 28 Mei 2014, Taman Lokan Pak Zainal menerima kunjungan dari Puan Lim Swee Kiang bersama pihak dari Tourism Melaka. Selain itu juga, terdapat satu sesi rakaman  oleh RTM telah dilakukan dan akan disiarkan dalam rancangan XPRESI KEMBARA yang akan ke udara pada setiap hari sabtu, 12.00 tengah hari di TV1. Rancangan tersebut merupakan rancangan travel muzik di TV1, menampilkan indie band tempatan sebagai hos di sekitar tempat tempat menarik seluruh negara. Pada episode kali ini mereka membawa kumpulan Grey Sky Morning ke sekitar Melaka termasuk ke Taman Lokan Pak Zainal serta melawat ke Kota Simpang. Sekali lagi Taman Lokan Pak Zainal diberi peluang oleh pihak RTM untuk menjadi lokasi pengambaran justeru dapat menarik lagi pelancong untuk datang ke Taman Lokan Pak Zainal.

Krew dari XPRESI KEMBARA bersama artis jemputan tiba ke Taman Lokan

Pihak dari Tourism Melaka tiba menaiki bot
yang telah disediakan oleh nelayan dikampung Paya Lebar

Pak Zainal membelah buah nipah 

Artis jemputan merasa sendiri pengalaman
mencari lokan sambil dibantu oleh Pak Zainal

Di sebalik tabir pengambaran

Aktiviti memanggang ikan, udang serta lokan

Suasana sepanjang pengambaran

Pak Zainal berbincang bersama pihak Tourism Melaka,
Puan Lim Swee Kiang

Bergambar bersama ahli kumpulan Grey Sky Morning

Pihak dari Tourism Melaka

Pengambaran di Kota Simpang

Sepanjang pengambaran di Kota Simpang

Pak Zainal menyediakan unggun api untuk menghalau nyamuk

Isnin, 26 Mei 2014

JEJAK USAHAWAN II.

Biodata Pak Zainal.

 Nama : Zainal bin Hj Md Ali
Tarikh Lahir : 18 / 10 / 1951
Umur : 63 tahun

Nama Isteri : Isah bt Husin
Tarikh Lahir : 30 / 1 / 1956
Umur : 58 tahun
Pekerjaan : Suri rumah

Mempunyai tiga orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki.

Nama Anak : Azlina bt Zainal

Nama Anak : Azlinda bt Zainal

Nama Anak : Azlan bin Zainal
 

Nama cucu : Raudah, Azizan, Zahirah, Dania Natasha dan Mohd Zafran.




Serba Sedikit Tentang Pak Zainal.


  • Bekas tentera Unit 17 Melayu ,17RAMD (30 Mei 1970 – 1978), 22 Melayu, 22RAMD (1985)

  • Berkhidmat secara 15 tahun dalam jawatan Koperal (Pancaragam).

  • Semasa berkhidmat di dalam tentera, beliau dapat melibatkan diri dan merasai pahit manis di medan pentempuran dalam Operasi Doknyai Musnah di Thailand. Beliau ditugaskan di bahagian bantuan dan menyelamat.

  • Beliau pernah berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

  • Kenangan manis beliau yang tidak dapat dilupakan – beliau dapat mengikuti pertandingan Coordram berasaskan Scotist / Pipers. Pak Zainal bermain side drum. Banyak Negara-negara yang terlibat dalam pertandingan tersebut termasuk Pakistan, Hong Kong, India dan lain-lain. Beliau dan kumpulannya mendapat tempat kedua dalam keseluruhan.

  • Setelah berhenti berkhidmat dalam tentera selama 15 tahun, beliau menjadi pengawal sekolah selama 13 tahun, bermula di Sekolah Kebangsaan Berisu, Melaka selama 2 tahun dan selebihnya di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar. Pak Zainal tetap mendapat pencen dan  kad pesara tentera setelah diambil kira perkhidmatan beliau dalam tentera dan pengawal kerajaan lebih 21 tahun lebih.

  • Pak Zainal berhenti menjadi pengawal dan bercadang untuk mengusahankan lokan di kampung Paya Lebar. Pada tahun 2007 beliau memulakan pengusahaan lokan dengan menyewa kolam dan menggunakan tayar lori untuk membiak lokan-lokan.

  • Pada tahun 2009, Pak Zainal mula mendapat peluang memperkenalkan rendang lokan semasa lawatan TYT  dengan Ketua Menteri Melaka sewaktu melawat Sungai Paya Lebar.

  • Pak Zainal memohon tanah hutan paya bakau untuk mengusahakan ternakan lokan beliau kepada TYT, tambahan pula, TYT sangat tertarik dengan usaha yang Pak Zainal jalankan.

  • Akhirnya Pak Zainal mendapat tempat yang sesuai yang berkeluasan hampir 3 hektar. Menurut Pak Zainal, kebetulan di kawasan taman lokan ada terdapat tapak peninggalan tentera Belanda pada zaman penjajahan 16 masihi setelah beliau menjumpai serpihan pinggan mangkuk yang lama serta lembing patah. Pak Zainal yakin da kubu tersebut masih lagi tersimpan khazanah atau artifak yang ditinggalkan. Sehingga kini, tempat tersebut masih kekal terpelihara oleh Pak Zainal.

  • Sekiranya benar apa yang dikatakan Pak Zainal tentang kubu yang terdapat ditaman lokan tersebut, ia akan menjadi satu tarikan dan taman lokan akan menjadi tumpuan pelancong dikampung Paya Lebar.

  • Pada tahun 2009 juga Pak Zainal pernah ditemuramah oleh media antarabangsa BBC London.

  • Pak Zainal berhasrat untuk menaik taraf taman lokan milik beliau kerana rata-rata projek Pak Zainal boleh dijadikan salah sebuah projek antarabangsa berbekalkan pengalaman yang beliau miliki, Cuma beliau kekurangan bajet untuk menaik taraf taman lokan beliau.

  • Selepas perjumpaan dengan YB, Pak Zainal bersemangat untuk memajukan dan mempromosikan lagi taman lokan milik beliau. Baru-baru ini, Pak zainal telah berbincang dengan Ahli Parlimen Masjid Tanah dengan Pegawai Daerah untuk memohon peruntukan untuk menaik taraf taman lokan beliau. Pelbagai kemudahan ingin Pak Zainal sediakan di taman lokan milik beliau seperti tempat beriadah, tandas, penjalan kaki, tempat pemanggang lokan dan lain-lain untuk keselesaan pengunjung yang mengunjung ke taman lokan.

  • Pak Zainal berasa berbesar hati ketika saya ditemani rakan saya menemu beliau untuk menjadikan lokan sebagai subjek kajian untuk semester akhir saya lebih-lebih lagi dapat mempromosikan lagi taman lokan milik beliau. 

Antara gambar-gambar ketika saya dan rakan saya di taman lokan ditemani Pak Zainal dengan cucunya Azizan.


Pak Zainal menunjukkan kepada kami siput dan lokan yang hidup di tepi jeti.

Pak Zainal menyiapkan bot untuk ke taman lokan.

Pak Zainal dan cucunya Azizan mencari ranting kayu untuk dijadikan
bahan bakar untuk membakar lokan.

Cucu Pak Zainal, Azizan menolong untuk mencari lokan.


Saya turut turun ke lupur untuk mencari lokan.

Hasil lokan yang kami kutip.
Pak Zainal turun ke sungai untuk menjala udang.

Lokan dipanggang.

Kami dapat merasai sendiri pengalaman memanggang
lokan dan tiram.

Pak Zainal menunjukkan kepada kami cara membuka
lokan menggunakan pisau.



Pak Zainal menunjukkan klip dan belalai di dalam
lokan dan dikatakan berkhasiat.


Isi lokan sebelum dibakar.

Pak Zainal menunjukkan isi tiram yang belum dibakar.

Lokan serta tiram yang sudah masak.


Pak Zainal menunjukkan perbezaan saiz lokan
di taman lokan beliau.



Pak Zainal dan Azizan menunjukkan siput dan tiram
yang juga terdapat di taman lokan.

Pak Zainal mencari lokan yang turut hidup
 ditebing sungai.




mencari lokan tersembunyi di dalam lupur
menggunakan parang.




Menurut Pak Zainal, kulit lokan ini berusia lebih
10 tahun.



Pak Zainal dan buah nipah.
Isi buah nipah tua yang terdapat di taman lokan.

Bergambar sebelum balik.
Menaiki bot untuk pulang ke jeti dari taman lokan.





















Ahad, 11 Mei 2014

Lawatan ke Pulau Langkawi

Pada 29 Mac 2014  pula, Pak Zainal berpeluang pergi mengikuti rombongan ke Langkawi bersama-sama YB Datok  Amirudin bin Yusuf  serta kakitangan DUN Air  Limau, wakil jabatan-jabatan Kolej Komuniti Masjid Tanah  serta wakil dari Parliman Masjid Tanah. Kebanyakan peserta - peserta dipilih adalah di kalangan penternak dan petani serta usahawan sekitar Dun Air Limau dan Parlimen Masjid Tanah.
Kami telah dapat peluang melawat ladang nenas dan  projek kelulut di Merbuk Kedah. Di  Langkawi, kami telah dibawa melawat ke sebuah kilang kopi putih  di kampung lubuk buaya. Kami telah menaiki bot untuk melihat burung helang ikan dalam sangkar dan juga gua kelawar.
Pada 2 April 2014 kami berpeluang menaiki kereta kebal dan membeli belah.
Gambar - gambar lawatan ini boleh di lihat melalui facebook YB Amiruddin Yusof.

Sabtu, 10 Mei 2014

LAWATAN SUK NEGERI MELAKA ke KAMPONG PAYA LEBAR


          Pada 9 MEI 2014, rombongan SUK Negeri Melaka besama-sama dengan YB Ahli Parlimen Masjid Tanah,Pegawai Daerah Alor Gajah dan juga beberapa agensi Jabatan Kerajaan taemasuk Jabatan Pertahanan Awam dapat berpaluang merasa bagaimana cara-cara kehidupan nelayan.Pada sebelah malamnya, peserta rombongan dapat mengikuti nelayan-nelayan menjala dan menikam udang galah.Alhamdulillah, walaupun pada awalnya cuaca kurang baik ,dapat juga perserta rombongan menjalankan akttiviti yang dirancangkan.Mereka dapat melihat hasil usaha daripada nelayan-nelayan Kampong Paya Lebar.Pada malam itu mereka tidak kecewa dengan aktiviti yang dijalankan.

         Yang Berhormat Ahli Parlimen Masjid Tanah memilih untuk menaiki bot  dengan  Pak Zainal  yang dipandu oleh Abang Uda dan dibantu oleh abang kembar mendapat hasil yang lumayan Pak Zainal gembira kerana semua yang terlibat tidak pulang dengan tangan yang kosong.Pada 10 MEI 2014 jam 9:00 pagi,rombongan daipada Pegawai Daerah Alor Gajah berserta kakitangan dan juga keluarga pergi ke Taman Lokan yng Pak Zainal usahakan. Perserta dapat menikmati lokan,udang,tiram yang dibakar oleh Pak Zainal.Selepas itu,perserta pergi melawat tempat peninggalan sejarah diKota Simpang.Peserta balik ke pengkalan untuk menikmati jamuan makan tengah hari.Menunya berasaskan hasil tangkapan nelayan.

        Hasil lawatan yang dijalankan banyak mendapat  idea yang baru untuk diketengahkan contohnya  membuat cenderahati berasaskan kulit lokan tambahan pula,menonton berita kejayaan sekumpulan pelajar IPTA Malaysia menerima anugerah antarabangsa menghasilkan bahan daripada kulit kerang penapis air.Pak Zainal yakin kulit lokan juga boleh digunakan untuk tujuan yang sama.