Telefon : 017-6735229

Rabu, 27 Ogos 2014

Kursus Jurumudi Khas untuk Bot Pelancong


 Antara kenangan Pak Zainal dan rakan - rakan ketika menghadiri Kursus Persediaan Mualim < 500 GT ( Terhad ) daripada 16 Ogos hingga 19 Ogos di Hotel Emperor, Melaka. Kursus ini merupakan anjuran Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Pertubuhan Nelayan - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia.








Ahad, 10 Ogos 2014

Kembara Merdeka

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke57.untuk memeriahkan lagi hari yang bersejarah ini Pak Zainal berpeluang bersama-sama dengan pelajar sekolah Ramuan Cina Besar untuk menceriakan kawasan persekitaran sekolah dengan mengindahkan mengecat dan mewarna reptika bendera yang diperbuat berasaskan kulit lokan.

Semasa melancarkan bulan kemerdekaan peringkat sekolah,Pak Zainal dapat menunjukkan bakat meniup seruling untuk mengiringi bacaan sajak oleh adik Haikal dan rakannya yang bertajuk warisan ( lagu Allahyarham Sudirman ).

Pak Zainal akan mendapatkan kerjasama dari kolej komuniti Masjid Tanah untuk sama-sama mengecat dan mengubah suai reptika bendera-bendera yang ada di kawasan luar sekolah.Semoga dengan kejersama ini akan menceriakan lagi suasana kemerdekaan yang ke 57 tahum ini