Telefon : 017-6735229

Isnin, 21 Februari 2011

Kolam Ikan

Berjaya juga Pak Zainal menjalankan projek membersihkan kolam ikan dan membuat kolam kecil.
Beberapa minggu ini, cucu-cucu Pak Zainal asyik menangguk ikan untuk akuarium rumah mereka. Mereka dapati ikan-ikan ( sepat, talapia, sembilang dan  udang umpan ) di dalam kolam ikan di hadapan rumah Pak Zainal telah menampakkan hasil. Bayangkan, sekali tangguk ada aje anak ikan / udang yang mereka dapat.
Oleh itu, Pak Zainal dan cucu-cucu telah menjalankan projek membersihkan kolam. Tetapi, budak tetap berperangai budak. Mereka suka menolong "mandi kolam". Pak Zainal rasa ikan-ikan boleh diserang sakit jantung melihat cucu-cucu Pak Zainal bermain air di kolam mereka.
Bermacam idea yang mereka lakukan untuk masuk ke kolam. Itulah anak-anak zaman sekarang. Mereka tidak takut walaupun mereka nampak ikan bawal besar yang ada di dalam kolam tersebut. Alhamdulillah, mereka mendengar nasihat ibu mereka "boleh mandi asalkan Atuk / Pak Usu ada sahaja".

Kamera

Alhamdulillah. Berkat simpanan hasil kutipan pengunjung-pengunjung Taman Lokan, Pak Zainal dan cucu-cucu membeli-belah di kedai kamera.
Bukan senang nak pilih pilihan hati. Cucu-cucu pula asyik dengan aksi mereka. Masing-masing excited ingin mencuba kamera-kamera yang dipamerkan.
Akhirnya Pak Zainal berjaya juga membeli kamera Pak Zainal yang pertama. Selama ini Pak Zainal guna kamera yang diberikan oleh anak-anak.

Komuniti Pengurusan Sumber Perikanan (KPSP)

Atas saranan Jabatan Perikanan Negeri Melaka, Pak Zainal telah memulakan langkah mengadakan mesyuarat penubuhan KPSP Kampung Paya Lebar pada 12hb Februari yang lepas. Ia telah dikendalikan oleh Pegawai Perikanan Alor Gajah dan seorang Pegawai Perikanan Putrajaya, En. Roslan Muhid, sebagai penasihat penubuhan KPSP.  Pengerusinya ialah En. Zainuddin Bin Ahmad.
Semoga dengan penubuhan KPSP Kampung Paya Lebar ini akan dapat memberi nafas baru kepada penduduk Kampung Paya Lebar dan  Taman Lokan.    
Semoga Jabatan Perikanan dan agensi yang sepatutnya akan dapat membantu Pak Zainal merealisasikan Taman Lokan Berdaya Maju.

Januari 28hb


Pada 28 hb Jan yang lepas. Seramai 55 org tetamu melalui PD Travel and Tours telah datang melawat Taman Lokan.  Mereka terdiri daripada Pegawai-pegawai  Pelancongan Malaysia ( Tourism Malaysia ), wakil Radio Televisyen Malaysia ( RTM), dan wartawan Sinar Harian.
Mereka tiba di Taman Lokan kira-kira pukul 8 malam iaitu selepas mereka melihat tempat persinggahan burung bangau di Sungai Linggi.
Pak Zainal seperti biasa mengalu-alukan kedatangan mereka. Kali ini Pak Zainal dibantu oleh 4 orang remaja ( penduduk Kampung Solok Paya Lebar ) yang ingin berjinak-jinak dengan aktiviti pelancongan. Secara tidak langsung ini dapat melicinkan lagi perjalanan aturcara di Taman Lokan ini. Mereka membantu Pak Zainal membakar lokan dan mengupas buah nipah. Pak Zainal dapat menumpukan kepada penerangan tentang lokan dan cara-cara pelaksanaan Pengumpulan lokan di Taman Lokan ini. Di sini Pak Zainal juga telah menerangkan cara Pak Zainal menganggar usia dan saiz lokan .
Pak Zainal mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka terutama pihak Tourism Negeri Sembilan kerana sudi mengetengahkan Taman Lokan kepada pihak lain.  Pak Zainal berasaa bangga dan bersyukur kerana pihak pelancongan menjadikan Taman Lokan sebagai satu lagi tempat dalam kalendar Pelancongan Malaysia.