Telefon : 017-6735229

Jumaat, 20 November 2015

UITM PUNCAK ALAM dan KUIM - KUALA LINGGI

Seramai 38 orang pelajar UITM Puncak Alam menyertai program anak angkat di Kg Paya Lebar. Mereka yang terdiri daripada pelajar Dietitians dan nutritionists  telah membantu para belia kg Paya Lebar di dalam program gotong royong. Selain daripada itu, mereka telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti menarik bagi memberikan pengetahuan, pendedahan dan nasihat dari segi pemakanan kepada semua yang hadir.
Antara aktiviti ialah kotak misteri, kuiz, dan lain - lain lagi.


Pada 8 November pula, sepasukan 38 pelajar KUIM telah menjalankan aktiviti di Taman Lokan. Kami menghadapi masalah dari segi pengangkutan. Keadaan air surut menyebabkan kesukaran. Beberapa pelajar KUIM bersama2 membantu mengeluarkan bot dari jeti ke kawasan lebih dalam. 
Mereka berpeluang bermain dengan lumpur semasa mencari lokan disebabkan oleh air surut. Seperti biasa, cucu Pak Zainal, Zahirah rajin menjadi supervisor aktiviti ini.
Mereka memasak hidangan lokan yang enak dan Ustaz telah menunjukkan kemahiran beliau di dalam memanggang ikan dan lokan. Mereka juga telah merasa buah nipah yang Pak Zainal telah carikan.
Pak Zainal dan keluarga bersyukur kerana walaupun wujud beberapa dugaan sewaktu perjalanan program ini, kesemua peserta pulang dengan selamat.
Ustaz Suhaimi berjaya melihat sang bedal di waktu perjalanan pulang dan beliau amat gembira dengan penemuan tersebut. 
Pak Zainal mengucapkan terima kasih kerana telah memilih Taman Lokan sebagai destinasi pendidikan luar mereka. Semoga mereka akan terus menjalankan aktiviti di sini. InsyaAllah.