Telefon : 017-6735229

Selasa, 8 Julai 2014

Alhamdulillah isteri sihat, ahli keluarga bertambah.

Alhamdulillah, pada hari khamis yang lepas, Pak Zainal telah mendapat seorang lagi cucu lelaki. Sekarang Pak Zainal telah mempunyai 3 orang cucu perempuan dan 3 orang cucu lelaki. Selain dari itu, isteri Pak Zainal juga telah selamat menjalani pembuangan selaput mata pada hari jumaat. Semoga selamat sentiasa.

Bangau oh bangau, kenapa nelayan tidak ke sungai?

Selamat berpuasa kepada semua pembaca. Beberapa bulan ini, hasil tangkapan semakin berkurangan. Kemungkinan perubahan pada air menjadi pendorong. Pak Zainal terpaksa menghampakan permintaan orang ramai yang menginginkan udang. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Pak Zainal mengalami keadaan sebegini. Keadaan ini jugalah yang menjadi igauan para nelayan di sini.Pak Zainal teringat tsunami yang berlaku dahulu - hidupan laut 'rasa' kedatangan tsunami terlebih dahulu. Pada awal tahun 2014 ini juga, ampai - ampai ataupun ubur - ubur yang hidup di laut masuk ke kawasan sungai dan boleh dilihat ke jambatan Lubok China. Pada pendapat Pak Zainal mungkin ia berpunca daripada kurangnya taburan hujan pada ketika itu. Selepas turunnya hujan, air mula berubah daripada keruh menjadi jernih ( berwarna hijau cendol ) dan tawar - kemungkinan mengandungi bahan kimia. Anehnya, apabila keadaan ini berlaku, anak-anak hidupan laut mati :- benih udang, ikan, punpum, belut dan lain - lain lagi, tetapi, bilangan pemangsa ( buaya ) semakin banyak. Pak Zainal juga merasakan bahawa tampuk pimpinan nelayan dan pihak terbabit tidak sedar akan perkara ini. Mungkinkah para nelayan menganggap sungai ini masih mengalir dan tidak akan berubah? Keluhan dan luahan hati para nelayan yang risau dengan tangan manusia yang menerokai sungai tanpa memikirkan kesannya pada hidupan dan mata pencarian para nelayan. Pemborong hasil nelayan juga mengeluh kerana pembeli sudah mula bising kerana jualan hasil sungai telah berkurangan. Isteri Pak Zainal juga telah mula bising kerana sepanjang puasa ini, udang tiada. Adakah ia akan berterusan sehingga musim raya kelak? Jika ini berterusan, semua nelayan sepenuh masa akan gulung tikar. Pelepasan benih oleh pihak Jabatan Perikanan juga tidak akan nampak kajayaannya, kerana habitat hidupan yang semakin kurang sesuai. Semoga rintihan Pak Zainal ini mendapat perhatian semua pembaca. Selamatkanlah sungai kita. Kepada para nelayan, sama - samalah memperjuangkan sungai kita.