Telefon : 017-6735229

Isnin, 11 April 2011

Tetamu Taman Lokan April 2011

Baru-baru ini PD Travel & Tours telah membawa 2 kumpulan tetamu Taman Lokan.
Tetamu pertama daripada Jabatan Kerajaan dan Agensi Pelancongan.









Tetamu terbaru pula terdiri daripada Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan kakitangannya.   
 
 
 






Rabu, 6 April 2011

Hari nan indah






Sungguh indah suasana matahari terbenam. Ini adalah gambar yang Pak Zainal ambil ketika sedang duduk di atas kerusi urut ( kulit lokan ) di tepi kolam ikan di rumah Pak Zainal.



Ini pula gambar jentolak sedang membersihkan sistem perparitan dan tepi kolam. Pak Zainal dapat menangkap belut yang timbul. Ianya dibakar bersama ikan sembilang / keli yang dipancing. Cucu-cucu Pak Zainal memang sukakan ikan dan telur ikan bakar.
Ikan-ikan tersebut isteri Pak Zainal isikan dalam masakan lemak cili padi rebung dan ikan keli. Memang sungguh enak.





Selasa, 5 April 2011

Mesyuarat Agung UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Kg. Paya Lebar

3hb April yang lalu Pak Zainal dan anak telah menghadiri mesyuarat Agung UMNO, WANITA, PEMUDA, dan PUTERI Kg. Paya Lebar. Ianya dirasmikan oleh YB Amiruddin walaupun beliau sibuk dengan pelbagai tugasan lain.
Banyak yang dibincangkan di dalam mesyuarat ini. Tahniah kepada anak Pakcik Wafa (cucu Wan Kenit) kerana telah Berjaya mendapat 9A di dalam SPM tahun lalu.
YB Amiruddin menyatakan bahawa Kampung Paya Lebar bertuah kerana bakal mendapat masjid. Bagi para nelayan ianya memang sesuatu yang dinantikan kerana ianya tidak jauh dari pengkalan nelayan. Dengan adanya masjid ini nanti diharapkan akan memudahkan lagi perjalanan penduduk kampung dan pelancong-pelancong amnya.

Pak Zainal juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ketua Pemuda Paya Lebar, Syed Fauzi Bin Abdullah yang telah mengusulkan supaya jalan persisiran sungai dibina dari masjid ke Pengkalan Nelayan Tebing Urut hingga ke Taman Lokan.  Usul ini diketengahkan rentetan dari pengalaman peserta anak angkat dari Uitm Kampus Bandar Melaka tempoh hari. Usul ini juga disokong oleh Puteri Umno Paya Lebar dan ahli Exco Pusat yang terbabit dalam Program tersebut.