Telefon : 017-6735229

Rabu, 29 Januari 2014

PROGRAM ANAK ANGKAT KOR SUKSIS UiTM SHAH ALAM.

Pada 20 Januari 2014, kampung kami dikunjungi seramai 56 orang pelajar kor suksis serta beberapa orang pegawai iringan. Majlis penyerahan anak angkat dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Amir Yusof di balai raya Kpg. Paya Lebar. Aktiviti bermula pada 21 Januari 2014, iaitu semua peserta pergi melawat pengusaha baja organik di teratak agro Pak Zainal. Pak Zainal seorang nelayan telah mencipta beberapa jenis baja organik yang berasaskan bahan-bahan terpakai atau terbuang. Peserta telah diberi penjelasan oleh Pak Zainal dan pelajar-pelajar juga berpeluang mencuba sendiri secara praktikal cara-cara membuat baja.







Seterusnya, pelajar berpeluang untuk pergi melawat kawasan ternakan kelulut dan berpeluang merasa madu asli kelulut.





Pada sebelah petang, seramai 15 orang pelajar berpeluang pula menaiki bot merentasi sungai Rembau-Linggi untuk pergi ke taman lokan yang Pak Zainal usahakan. Kesemua pelajar berasa teruja dan seronok berada di taman lokan. Pelajar juga berpeluang untuk mencari lokan dan juga dapat merasa lokan yang dibakar sendiri serta memakan buah nipah yang manis dan enak sebagai santapan iringan. Aktiviti ini berlangsung selama 3 hari berturut-turut.






Semasa perjalanan menaiki bot, kami berpeluang untuk melihat keindahan khazanah alam flora dan fauna seperti buaya dan ular. Walaupun kita sering mendengar buaya adalah seekor haiwan yang ganas dan gerun didengar apabila disebut, yang anehnya nelayan dan kaki pancing di kawasan ini sudah sinonim dengan situasi begini kerana buaya di sini seolah-olah berkompromi dengan para nelayan.
Pada pagi 22 Januari 2014, kami berpeluang untuk menyertai program motivasi bersama warga sekolah Kpg. Ramuan Cina Besar. Kami ditugaskan untuk mendedahkan ilmu IT dan Bahasa Inggeris kepada murid-murid yang dipilih.







Setelah 4 hari meluangkan masa bersama penduduk kpg.Paya Lebar, pada hari Jumaat, tibalah masa untuk keluarga angkat menyerahkan kami kembali kepada para jurulatih. Upacara penyerahan diadakan pada pukul 3 petang di balai raya kampung tersebut. Suasana menjadi hiba dan kami berasa amat berat hati untuk berpisah serta meninggalkan tempat tersebut. 















Walaupun program ini singkat, namun terdapat seribu kenangan manis yang kami tidak akan lupakan sepanjang program anak angkat ini. Kami juga berharap agar pertemuan kali ini bukan yang terakhir dan berdoa agar ditemukan kembali pada masa akan datang. 
Saya Siti Noradila, wakil anggota kor suksis UiTM Shah Alam mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Kpg.Paya Lebar kerana memberi kami pelbagai pengalaman baru serta layanan mesra seperti keluarga sendiri.
Sekian, Terima Kasih :-)

Ahad, 19 Januari 2014

Pak Zainal dan Youtube

Ramai mesti tertanya-tanya kenapa Youtube? Sebenarnya idea ini sudah lama dibincangkan oleh saya dan Pak Zainal. Kami ingin berkongsi pengalaman nelayan secara lebih dekat lagi. Namun demikian, sebagai manusia biasa, kami masih lemah dalam penggunaan teknologi moden ini baik dari segi pengambilan video hinggalah ke proses yang seterusnya.  
Ketika menyusuri sungai untuk kembali ke Pengkalan Tebing Urut,   Pak Zainal menyatakan terdapat seekor ular di dahan pokok, cucu – cucu Pak Zainal secara automatik ingin mengenalpasti ular tersebut. Manakala naluri saya , seorang wanita merangkap seorang ibu, asyik menyuruh anak – anak saya duduk diam untuk mengelakkan masalah.
Si bujang senang ( buaya ) tidak muncul. Mungkin kerana kebisingan cucu – cucu Pak Zainal menyebabkan ia bersembunyi, ataupun, ianya kerana ia tahu saya takut dengannya. Apapun, Alhamdulillah, kami  selamat menjalankan aktiviti kami di sana.

Berkelah di Taman Lokan

Kami puas hati kerana walaupun telah beberapa kali percutian kami terpaksa ditunda, dapat juga kami menjayakan ke dua-dua program kami. Iaitu, bercuti di KL dan di Taman Lokan. 10hb Disember merupakan percutian kami yag terakhir pada 2013.
Kami menaiki kereta ke Pengkalan Tebing Urut dan menaiki sampan ke Taman Lokan.  Suara dan telatah cucu-cucu Pak Zainal telah memecah keheningan sungai.  Sudah lumrah alam, anak-anak kecil belum mengerti lagi menikmati suasana sungai yang begitu mendamaikan. Mereka asyik ingin berebut pendayung. Padahal, mereka bukannya membantu Pak Zainal, malah, mereka mendayung ke arah yang berlawanan dan semakin memperlahankan perjalanan.
Pak Zainal telah membawa kami melihat beberapa penambahbaikan Taman Lokan. Pak Zainal juga memberikan pendedahan kepada cucu-cucunya cara mencari lokan yang diternak di dalam kolam. Cucu-cucu Pak Zainal telah mengadakan pertandingan pencari lokan terbanyak. Sambil itu, mereka sempat menunjukkan skil mereka berenang di dalam kolam tersebut.


Pak Zainal membawa kami ke kawasan berhampiran untuk mencari buah nipah dan juga melihat lokan liar. Adalah amat sukar bagi kami untuk berjalan di kawasan lumpur yang mencecah ke paras lutut. Saya memang berasa bangga dan hormat terhadap Pak Zainal dan golongan nelayan. Bukan senang mereka ingin menyara keluarga.

Kidszania KL

 Oleh kerana keletihan bermain di Berjaya Times Square, kami keluar agak lewat. Itupun setelah makan satu buku roti ( toast) @ roti potong yang panjang. Ia disediakan oleh Azizan, cucu ke dua Pak Zainal.
 Sekiranya anda ingin membawa anak-anak ke Kidszania sewaktu cuti, eloklah berada di sana awal. Ini kerana dengan bilangan pengunjung yang ramai, menyukarkan kanak - kanak mencuba pekerjaan yang mereka idam-idamkan. Cucu Pak Zainal tidak berkesempatan bekerja di syarikat penerbangan disebabkan kelewatan kami - tiba di sana di dalam pukul 11 pagi, orang sudah ramai.
Namun begitu, mereka dapat merasa pengalaman di kedai aiskrim, syarikat televisyen, bomba, hospital dan wall climbing. Zahirah merajuk kerana tidak dapat memanjat dinding atas faktor  ketinggian. Jika anda ingin melihat video Azizan ataupun Raudha di kawasan wall climbing ini, klik  pada gambar mereka.

 
 

 
Kami singgah di kedai 1 Malaysia di perhentian Kelana Jaya dan membeli bahan makanan. ( roti panjang 2, mee segera 1 bungkus besar, jem, kaya, dan makanan ringan ) Ini semua kerana ingin mengurangkan bajet. Sampai di hotel, kami berehat seketika dan membawa cucu-cucu berenang di kolam renang yang terdapat di tingkat 4.  
Walaupun penat, mereka memang berpuas hati kerana dapat menimba pengetahuan yang baru dan juga yang paling penting sekali - sesuai dengan stamina mereka.

Bercuti di KL

Pak Zainal ingin berkongsi pengalaman percutian Pak Zainal pada 6 – 9 Disember yang lepas. Sebelum ini, Pak Zainal dan isteri, anak-anak dan cucu – cucu Pak Zainal bercuti bersama. Namun, pada tahun ini, atas kekangan kerja dan kesihatan, isteri, anak kedua Pak Zainal, anak bungsu dan keluarganya tidak dapat bersama-sama kami.
 








Terlalu banyak tempat di Kuala Lumpur yang ingin cucu – cucu Pak Zainal lawati. Internet banyak membantu kami kali ini. Setelah membandingkan perbelanjaan, dan pengangkutan beberapa tempat, kami mengambil keputusan untuk ke Kidszania dan Berjaya Times Square sahaja.
Aspek penginapan memang berisiko. Ini kerana, penempahan hotel memerlukan kami memberikan nombor kad kredit. Penempahan dibuat setelah saya meminta pendapat rakan – rakan yang pernah menempah hotel secara online. Hotel One Stop Residence and Office menjadi pilihan kerana mempunyai kolam renang. Ia juga berdekatan dengan stesen LRT Chan Sow Lin. 
Kami menaiki bas daripada Melaka Sentral menuju ke Puduraya. Cucu-cucu Pak Zainal yang baru belajar menggunakan video call di facebook memang berasa seronok kerana bas tersebut mempunyai kemudahan wifi.
Hari pertama kami habiskan masa di kolam renang dan di Berjaya Times Square. Cucu-cucu Pak Zainal berebut-rebut membaca rajah pengangkutan awam yang diberikan oleh pihak hotel. Satu peringatan kepada semua, pilihlah pengangkutan yang sesuai dengan bajet anda. Kemudahan seperti google maps penting semasa merancang perjalanan. Itupun kami tersilap beberapa kali kerana tersilap perhentian yang sepatutnya.*Puduraya sepatutnya di perhentian Bandaraya dan bukannya di perhentian Pudu.
Pada anda yang ingin melihat video cucu Pak Zainal menjadi rodeo, silalah tonton video di youtube ini.