Telefon : 017-6735229

Khamis, 5 Mac 2015

Ekspedisi Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka(KUIM) ke Taman Lokan

Pada 28 Februari yang lepas,Taman Lokan dikunjungi lagi oleh pelajar-pelajar dari Kolej Universiti Islam Melaka(KUIM) seramai 50 orang untuk menikmati keindahan Taman Lokan.Ianya bermula dari pengkalan Paya Lebar Hilir hinggalah ke Taman Lokan.
pelajar-pelajar di taman lokan    



Antara aktiviti mereka ialah mengambil gambar di sekitar sungai ketika perjalanan mereka ke Taman Lokan.Sampai sahaja,pelajar-pelajar ini kemudiannya merasai mengambil Lokan sendiri di sungai.Sementelah itu mereka diberikan kumpulan-kumpulan untuk aktiviti memasak.Dalam masa yang sama,Pak Zainal mengalunkan seruling dan membuat pelajar ini teruja untuk mendengarnya.
aktiviti memasak

Sebagai penutup,Ahli Parlimen Masjid Tanah,YB Mas Ermieyati turut hadir di balairaya untuk memberi sepatah dua kata.Semoga sepanjang ekspedisi ke Taman Lokan ini menjadi kenangan manis buat mereka.
Ahli Parlimen Masjid Tanah(bertudung pink)

Rabu, 4 Mac 2015

Pelancong Daripada Sweden


Pada 21 Februari yang lepas,kami dikunjungi oleh pelancong daripada Sweden.Seperti biasa Pak Zainal telah membawa pelancong Sweden ke Taman Lokan.Pelancong Sweden ini bercuti di Port Dickson dan kerana inginkan kelainan,mereka telah memilih Taman Lokan untuk dikunjungi.Sepanjang perjalanan menyusuri sungai ke Taman Lokan,Pak Zainal telah menunjukan pokok bakau dan pokok nipah(buah nipah) yang ada di sekitar sungai.Di sana Pak Zainal telah menunjukan keistimewaan Taman Lokan seperti yang sedia adalah lokan,udang(sekiranya ada musim).

Ahad, 1 Mac 2015

National Geographic China

Pada 5 Februari yang lepas, Puan Lim, dari Bahagian Promosi PelanconganJabatan Ketua Menteri Melaka, telah membawa beberapa orang pelancong dari China ke Taman Lokan. Mereka merupakan pasukan National Geographic Negara China yang ingin mengambil hidupan liar dan habitat yang terdapat di kawasan sungai dan hutan Paya bakau. Ianya bermula dari Pengkalan Paya Lebar Hilir hinggalah ke Taman Lokan. Kami menaiki bot yang dipandu oleh abang Nizam dan Kamarulzaman.


Puan Lim dan rakan - rakannya


Pasukan National Geographic China


Menjamu selera di kedai Zahar

Antara pengisian adalah mengambil gambar ular, monyet, burung, lokan, siput, barai, dan beberapa spesis yang lain. Selain itu, mereka telah meminta untuk mengambil dambar rumah tradisional Melaka. Pak Zainal amat berterima kasih kepada Tuan Hj Kasim Bin Hj Bedai dan isteri kerana memberi kebenaran kepada kami untuk berkunjung dan mengambil gambar di kediaman mereka.
Setelah itu, kami menjamu selera di kedai Abg Zahar. Semoga mereka akan kembali ke negara mereka dengan pengalaman manis dan akan kembali melancong di sini lagi,