Seramai 38 orang pelajar UITM Puncak Alam menyertai program anak angkat di Kg Paya Lebar. Mereka yang terdiri daripada pelajar Dietitians dan nutritionists telah membantu para belia kg Paya Lebar di dalam program gotong royong. Selain daripada itu, mereka telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti menarik bagi memberikan pengetahuan, pendedahan dan nasihat dari segi pemakanan kepada semua yang hadir.
Antara aktiviti ialah kotak misteri, kuiz, dan lain - lain lagi.
Pada
8 November pula, sepasukan 38 pelajar KUIM telah menjalankan aktiviti
di Taman Lokan. Kami menghadapi masalah dari segi pengangkutan. Keadaan
air surut menyebabkan kesukaran. Beberapa pelajar KUIM bersama2 membantu
mengeluarkan bot dari jeti ke kawasan lebih dalam.
Mereka
berpeluang bermain dengan lumpur semasa mencari lokan disebabkan oleh
air surut. Seperti biasa, cucu Pak Zainal, Zahirah rajin menjadi
supervisor aktiviti ini.
Mereka
memasak hidangan lokan yang enak dan Ustaz telah menunjukkan kemahiran
beliau di dalam memanggang ikan dan lokan. Mereka juga telah merasa buah
nipah yang Pak Zainal telah carikan.
Pak
Zainal dan keluarga bersyukur kerana walaupun wujud beberapa dugaan
sewaktu perjalanan program ini, kesemua peserta pulang dengan selamat.
Ustaz Suhaimi berjaya melihat sang bedal di waktu perjalanan pulang dan beliau amat gembira dengan penemuan tersebut.
Pak Zainal mengucapkan terima kasih kerana telah memilih Taman Lokan sebagai destinasi pendidikan luar mereka. Semoga mereka akan terus menjalankan aktiviti di sini. InsyaAllah.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Udang ini selalu berpecah semasa musim banjir / keruh…. Ia akan berkumpul apabila kemasinan air tinggi – air mati 5 ke 8 haribula...
-
Pak Zainal terserempak dengan ular ini semasa sedang menjala... apa lagi... Pak Zainal tangkap gambar ular ini... menambahkan lagi koleksi...
-
Seperti yang dilihat dalam gambar, siput sedut ini banyak terdapat di kawasan sungai Rembau-Linggi ini. Lokasinya berhampiran dengan habit...