Di bulan ramadhan ini, anak Pak Zainal( Cikgu Azlina) dan anak-anaknya, Raudha(7 tahun), Azizan ( 5 tahun) dan Zahirah ( 3 tahun ) temankan Pak Zainal. Kami makan lauk hasil sungai dan ikan kolam.
Cucu Pak Zainal suka makan udang dan ketam. Kebetulan Pak Zainal telah mendapat udang piai dan udang galah, anak Pak Zainal buat masak sos. Cucu Pak Zainal berselera makan tetapi mereka memancing pulak ( pilih udang yang besar-besar sahaja).
Sekarang mereka dah jemu kerana hampir setiap hari kami makan udang dan ketam.
0 comments:
Catat Ulasan