Telefon : 017-6735229

Sabtu, 27 November 2010

Memori Bersama Rombongan ke Sarawak





Ketika sedang melihat album lama, Pak Zainal terjumpa gambar-gambar kenangan bersama dengan Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Negeri Melaka dan juga pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Negeri Melaka.
Gambar ini diambil pada akhir Julai 2010 yang lalu. Kami mengikuti rombongan Lembaga Kemajuan Ikan Melaka ke Lembaga Kemajuan Ikan Sarawak dan persatuan nelayan negeri Sarawak.





Banyak pengalaman telah dapat Pak Zainal pelajari. Pak Zainal juga dapat bertukar-tukar pandangan dengan Persatuan Nelayan negeri Sarawak terutama sekali bagaimana mereka mengendalikan projek ekonomi mereka. Di samping itu, Pak Zainal juga di bawa melawat ke kawasan-kawasan Persatuan Nelayan Negeri Sarawak. Antaranya ialah di Projek Ternakan Udang / ikan LKIM Telaga Air.
Selesai sahaja sesi taklimat, kami dijamu dengan makan tengahari di Persatuan Nelayan Telaga Air. Pak Zainal dapati mereka ada menyediakan lokan sebagai satu sajian mereka. Pak Zainal pun menyatakan kepada pihak nelayan di Telaga Air bahawa Pak Zainal juga merupakan pengusaha lokan di Melaka. Pak Zainal berasa bangga kerana negeri lain juga mempunyai masakan lokan yang tersendiri dan memang terasa keenakan lokan tersebut. Semua ahli rombongan dari Melaka memuji masakan tersebut.
Pak Zainal ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan LKIM Negeri Sarawak di atas layanan mesra dan penuh berinformasi kepada rombongan kami. Terima kasih daun keladi.


b



0 comments: