26 dan 27hb yang lepas, Kg. Paya Lebar membuat program anak angkat di bawah anjuran Mas Ermieyati Binti Samsuddin (Puteri Umno ) dan Syed Fauzi Bin Karim (Pemuda Umno) Kg. Paya Lebar. Semakin bertambah aktiviti untuk menaikkan nama kampung sejak mereka mengendalikan organisasi mereka. Tahniah diucapkan dan semoga kampung Paya Lebar akan mendapat satu produk yang boleh penduduk kampung jalankan. Seperti mana yang dapat dilihat di setiap kampung yang mempunyai projek anak angkat akan dapat memberikan hasil lumayan kepada penduduk kampung untuk menambahkan pendapatan mereka.
Projek anak angkat ini Malam Kebudayaan OPKIM Perdana 2011. Terima kasih kepada Amy dan Fauzi kerana telah membantu menaikkan Taman Lokan. Mereka telah menjamu tetamu dengan lokan bakar. Pak Zainal tidak sangka kerana sebelum ini aktiviti anjuran kampung sebelum ini tidak pernah mengetengahkan lokan sebegini. Mungkin Amy dan Fauzi nampak lokan sebagai tema / keunikan yang boleh ditonjolkan oleh kampung Paya Lebar dan Dun Ayer Limau. Mereka juga dapat melihat persembahan daripada peserta-peserta dan anak-anak muda Kampung Paya Lebar. Untuk pengetahuan pembaca, anak-anak muda kami telah ada yang cuba mencipta nama dalam bidang hiburan terutama sekali dalam program realiti mencungkil bakat dalam bidang nyanyian. Perserta juga bertuah kerana berpeluang beramah mesra dengan YB Tn. Hj. Amiruddin Bin Yusuf Wakil Rakyat Dun Ayer Limau yang sanggup meluangkan masa datang meraikan Program Anak Angkat Kampung Paya Lebar ini. Terima kasih YB.
Uniknya Taman Lokan ini boleh dikunjungi dengan berjalan kaki kerana ianya tidak berapa jauh dari kampung Paya Lebar terutama sekali dari masjid Paya Lebar yang baru di bina. Ianya lebih kurang 1.7km sahaja. Memang sesuai bagi aktiviti Riadah. Begitulah yang terjadi dengan peserta dari Uitm Kampus Bandar Melaka. Mereka berjalan dalam masa hanya 15 minit dari Balairaya Paya Lebar sehingga ke Tebing Urut. Ada peserta yang mengajukan cadangan agar satu jalan dibina untuk menghubungkan Pengkalan Tebing Urut ke Taman Lokan bagi pengunjung yang takut menaiki jalan air ( menaiki sampan ).
Pak Zainal memang ada beberapa cadangan tetapi memandangkan kekurangan dana dan masih terlalu awal kerana banyak lagi proses penambahbaikkan yang perlu dijalankan di Taman Lokan.
Pak Zainal juga berterima kasih kepada peserta kerana membantu Pak Zainal dalam aktiviti gotong royong mereka membersihkan Taman Lokan. Mereka memang bersemangat dalam aktiviti mencari lokan. Semua berebut-rebut ingin merasai pengalaman mencari lokan. Peserta-peserta berkata “patutlah pelancong-pelancong suka ke Taman Lokan kerana ianya menarik”.
Pada hari ini juga peserta bertuah melihat dan merakamkan ular tiung (tali pinggang Raja Sulaiman ) dan ular sawa batik yang seolah-olah menantikan kedatangan peserta-peserta. Mereka juga dapat melihat Pak Zainal mengangkat lukah / bubu yang baru sahaja Pak Zainal letakkan. Jika ianya dibiarkan lebih lama, makin banyak hasil tangkapan. Inilah salah satu produk yang boleh pengunjung jalankan.
0 comments:
Catat Ulasan