Telefon : 017-6735229

Rabu, 1 Jun 2011

Cameron highlands


16 Mei 2011 yang lepas, Pak Zainal sekeluarga telah bercuti ke Cameron Highlands. Memang menarik kerana semenjak anak-anak sibuk dengan pelajaran masing-masing,  kami tidak dapat meluangkan masa melancong. 
Ianya sempena Hari Ibu, Hari Guru, Hari Ulang Tahun perkahwinan anak bongsu, Hari lahir cucu-cucu Pak Zainal dan cuti-cuti Malaysia.

                                                 
Perjalanan menuju ke Villa Dahlia ( puncak ) memang memenatkan emosi dan fizikal. Memang menakutkan apabila kami melihat jurang yang dalam dan jalan yang agak sempit. Ketika melalui selekoh, kami akan memegang tepi kereta dengan kuat. Ianya ditambah pula dengan perbezaan yang dialami oleh badan - telinga bingit seolah-olah kami sedang menaiki kapal terbang, dan kepala yang pening-pening lalat. Perasaan takut semakin lama semakin hilang – rasa bosan pula kerana jarak yang jauh. 

Semua itu hilang apabila kami melihat keindahan ciptaan Allah. Tidak hairan ramai pelancong dari dalam dan luar negeri datang ke sini. Pelbagai keindahan alam flora yang menjamu pandangan kami. Kami tidak puas melawat Taman-taman yang ada di sana. Itupun ada tempat yang kami tidak dapat lawati. Hanya kewangan yang dapat menahan diri kami dari membeli-belah di sana. Rasanya nak beli semuanya. Cucu sulong Pak Zainal juga sibuk mencari kaktus untuk ibunya.

 

0 comments: